Ketahui Kegunaan Ekor Si Bulus Dalam Hidupnya );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Ketahui Kegunaan Ekor Si Bulus

Ain Huda
Share

Bila ekor kucing tegak bermakna mereka sedang gembira dan selesa bersama anda. Ekor kucing pelbagai jenis. Ada yang pendek, kembang, panjang dan berbulu sikit. Tetapi kegunaan ekornya sangat penting untuk si bulus teruskan hidup.

Pergerakan ekor kucing juga membawa pelbagai maksud. Sebelum ketahui maksud tersebut, anda perlu tahu fungsi ekor kepada si bulus.

Keseimbangan

Kucing suka berjalan atas pagar, kayu kecil, tempat sempat, koridor dan tempat yang memerlukan keseimbangan badan yang tinggi. Inilah gunanya ekor mereka. Seimbangkan badan masa berjalan di laluan yang sempat dan kecil. Selain dari seimbangkan masa berjalan, si bulus akan imbangkan badan ketika mengejar dan melompat.

Tarik Perhatian

Nampak si bulus tegakkan dan menggerakkan ekor bermakna mereka cuba menarik perhatian kucing yang berlainan jantina. Kegunaan ekor untuk menunjukkan si bulus sedang mencari pasangan untuk melakukan aktiviti seksual. Dengan gerakkan ekor, kucing dapat memikat kucing lain untuk mendekatinya.

Kucing Tanpa Ekor

Bagaimana pula jika si bulus anda berekor kontot atau ada kucing yang tiada ekor kerana kemalangan, cedera atau bergaduh? Pada awalnya, jika si bulus mempunyai ekor dan berlaku kemalangan melibatkan ekornya, kucing akan belajar dan membiasakan diri untuk imbangkan badan tanpa ekor. Walaupun boleh hidup tanpa ekor, kucing tetap memerlukan ekornya untuk mengimbangi badan. Jaga kesihatan si bulus anda dan jangan sesekali mencederakan ekor kucing!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!