Kucing Suka Menyendiri? Ketahui 5 Tanda Si Meow Sebenarnya Tengah Marah Dekat Korang );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Kucing Suka Menyendiri? Ketahui 5 Tanda Si Meow Sebenarnya Tengah Marah Dekat Korang

Share
tanda

Kucing mempunyai sifat yang sama seperti manusia di mana mereka memiliki perasaan gembira, sedih, marah dan juga kesunyian.

Namun satu perkara penting yang harus diketahui oleh pemilik kucing adalah apabila si meow menunjukkan tanda marah pada kita.

Mereka mungkin tidak mengungkapkan perasaan marah dengan kata-kata namun ianya boleh dikesan melalui bahasa tubuh yang dipamerkan.

Berikut merupakan 5 tanda yang boleh dilihat pada si meow sekiranya mereka sedang marah pada kita:

 

Kucing Perhatikan Kita Daripada Jauh

tanda

Kucing yang kebiasaannya mesra dan manja akan bertukar menjadi si pemerhati sebaik sahaja mereka sedang marah pada seseorang.

Sebarang makanan, mainan ataupun snek kegemaran mereka akan ditolak ketika si meow sedang marah. Pelbagai faktor yang boleh menyumbang pada perlakuan ini antaranya kelaparan, kehadiran kucing liar ataupun ruang privasi terganggu.

Apa solusinya? biarkan si meow berseorangan.. lama kelamaan pasti reda kemarahan mereka nanti. Macam perempuan kan? lapar pun nak marah!

 

Telinga Menegak Ke Belakang

tanda

Perubahan arah telinga si meow juga boleh menjadi tanda ukur tahap kemarahan si meow.

Telinga kucing yang menegak dan kebelakang menandakan si meow sedang dalam mood yang tidak baik. Ia juga boleh menyebabkan mereka bertindak di luar kawalan jika diganggu.

Jangan pernah berani untuk mencuit ataupun mengganggu si meow yang sedang marah ye.. kalau tak nanti habis calar balar muka korang.

 


Kucing Suka Jilat Satu Sama Lain? Ketahu Punca Mengapa Ianya Berlaku


Kucing Berak Pada Bantal Kita

tanda

Ini merupakan petanda terbesar yang menunjukkan mereka sedang marah dengan kita. Walaupun segala keperluan telah disediakan seperti makanan, tempat tidur, kebersihan dan lain-lain lagi, ianya langsung tidak menjanjikan kegembiraan hakiki buat si meow.

Situasi ini pasti akan dialami oleh pemilik kucing sekurang-kurangnya sekali. Bagi mereka yang pernah terkena, maka lebih baik korang teliti semula apakah faktor yang menyumbang.

 

Ekor Kucing Berpintal-Pintal

Kucing sangat dikenali dengan rupa bentuk badannya yang berekor panjang namun perlu diketahui bahawa perubahan bentuk ekor si meow boleh membawa maksud yang pelbagai.

Ekor kucing sangat ekspresif dan ini merupakan salah satu bahasa tubuh yang digunakan bagi mengungkapkan perasaan si meow terhadap apa yang terjadi secara emosional dan internal.

Kalau nampak ekornya dipintal-pintal dan diseret rendah ke kiri dan ke kanan, itu menandakan bahawa si meow sedang marah dan bengang dengan korang.

 

Kucing Bersembunyi

Pernah tak kucing korang menyorok dan menyendiri di sebalik pintu ataupun di bawah sofa rumah? Kalau ya itu bermakna si meow sedang marah!

Menurut Jessa Paschke, pakar haiwan di Mars Petcare, kucing yang bersembunyi bukanlah kucing yang gembira.
“Jika kucing anda sentiasa bersembunyi, ini mungkin menandakan bahawa mereka tidak selesa dalam persekitarannya, ” kata Paschke.

Kucing akan bersembunyi sekiranya mereka tidak biasa dengan ruang atau persekitaran yang baharu, untuk mendapatkan keselesaan, mereka akan menyendiri dan berjauhan daripada sesiapa sahaja.

Sedarlah pemilik kucing sekalian bahawa kebaikan yang diberikan pada si meow bukanlah satu tiket untuk anda sentiasa disayangi mereka.

Bila tiba waktunya, 5 petanda di atas akan terlihat pada kucing korang. Jadi kena sentiasa peka ye semua!

 

[Sumber: rancaktv]

 

Baca Juga: 5 Gelagat Pelik Si Meow Yang Korang Kena Tahu Kenapa Ianya Berlaku

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!