Kucing Anda Suka Ajak Bermain & Bergurau? Ini 4 Jenis Permainan Yang Paling Digemari Si Meow );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Kucing Anda Suka Ajak Bermain & Bergurau? Ini 4 Jenis Permainan Yang Paling Digemari Si Meow

Share

Kucing sememangnya seekor haiwan yang sangat periang dan gemar bermain sesama mereka tanpa mengira waktu dan masa.

Tidak kira siang ataupun malam, tindak tandus si meow yang aktif bermain nyata amat menghiburkan dan si pemilik kucing juga sering dijadikan bahan gurauan buat si kucing.

Siapa je yang tak suka bila si bulus gemar bermain dan bergurau dengan kita kan? Untuk itu, penulis nak kongsikan beberapa jenis permainan yang boleh anda mainkan bersama kucing kesayangan di rumah.

 

Bola Ping-Pong

bermain

Ini merupakan antara jenis permainan yang sangat bagus untuk dimainkan bersama si meow kerana secara tidak langsung dapat melatih mereka untuk kembali aktif dan cergas.

Sangat mudah untuk dimainkan, campakkan bola ke dinding atau di bawah meja, anda akan dapat melihat betapa bersemangatnya kucing menangkap bola berkenaan.

Lebih ekstrem, campakkan bola pada lantai ataupun tab di bilik mandi untuk mendapatkan pantulan yang lebih tinggi. Memang melambung tinggi la si meow melompat nanti!

 

Bermain Pantulan Cahaya

bermain

Buat pengetahuan anda, kucing gemar bermain kejar mengejar dan semestinya kudrat kita tersangatlah terhad untuk bermain dengan mereka.

Untuk itu, solusi kepada masalah ini adalah anda boleh menggunakan cahaya lampu suluh sebagai pantulan buat si meow.

Cuba matikan lampu bilik, kemudian nyalakan cahaya dari lampu suluh pada beberapa arah bagi membuatkan si bulus geram dan bersemangat untuk mengejar cahaya berkenaan.

Sekiranya anda mempunyai beberapa lampu suluh yang besar, cuba biarkan cahaya memantul dari dinding dan perhatikan kucing anda beraksi, gelagat comel si meow memang takda limit ketika ini!

 

Belon Buih (Bubble)

bermain

Selain daripada kanak-kanak, kucing juga sangat gemar bermain permainan bubble ni tau.

Permainan ini cukup unik untuk dimainkan bersama kucing anda kerana mereka pastinya akan merasa tertanya-tanya dan ingin tahu akan apa yang ada sebenarnya di dalam gelembung terbabit.

Besar kemungkinan kucing akan berusaha menangkapnya atau sekurang-kurangnya terus melihat gelembung itu berterbangan dengan lebih dekat. Cuba kalau tiup banyak-banyak, mesti tak keruan dibuatnya si meow nanti kan?

 

Sembunyi & ‘Surprise’

bermain

Permainan ini pada asalnya sering dimainkan bersama kanak-kanak namun bagi pendapat penulis, ianya tidak salah jika hendak dimainkan bersama si bulus kerana kedua-duanya bersifat sama periang dan comel.

Sama seperti permainan ‘Cak-Cak’, anda boleh bersembunyi terlebih dahulu di belakang tirai dan kemudiannya sergah si meow yang sedang terleka atau sebagainya.

Semestinya ekspresi dan riak wajah terkejut si meow akan menjadi perkara yang paling lucu untuk dilihat.

bermain

Perkara lain yang boleh anda cuba lakukan ialah bermain permainan kucing maya melalui tablet atau telefon pintar anda.

Sesekali layankan si meow bermain dan bergurau apa salahnya kan? Sekurang-kurangnya hilang rasa stres dan penat seharian di tempat kerja.

Bila si meow gembira barulah mereka rasa disayangi kan?

 

[Sumber: rimma]

 

Baca: Kucing Anda Pemalu & Penakut? 4 Cara Yang Boleh Anda Lakukan Untuk ‘Boost Energy’ Si Meow

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!