Kucing Anda Pemalu & Penakut? 4 Cara Yang Boleh Anda Lakukan Untuk ‘Boost Energy’ Si Meow );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Kucing Anda Pemalu & Penakut? 4 Cara Yang Boleh Anda Lakukan Untuk ‘Boost Energy’ Si Meow

Share
https://verst.com.my/haimeow/aktiviti/kucing-tidur-berdengkur-bahagia-fakta/

Meskipun kucing sangat terkenal dengan perwatakan yang aktif dan mencuit hati, namun masih terdapat sekumpulan kucing yang memiliki sifat pemalu dan juga penakut.

Definisi pemalu dan penakut di sini adalah si meow seboleh-bolehnya akan melarikan diri dan menyorok di sesuatu tempat sebaik sahaja mereka didatangi individu yang tidak dikenali.

Padahal kalau time lapar bukan main kuat suara si meow ni kan?

Sekiranya anda memiliki kucing yang bersifat sedemikian, usah khuatir… berikut merupakan 4 langkah yang boleh anda lakukan untuk bantu si meow menjadi lebih berani.

 

Sediakan Ruang Yang Selamat

pemalu

Kucing pemalu akan mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan kawasan sekeliling.

Oleh itu, sediakan ruang yang selamat untuk si meow agar mereka terasa selamat dan terlindung daripada sebarang bentuk ancaman luar.

Tempatkan kucing anda di bilik yang selamat dan jauh dari gangguan orang ramai serta sediakan barangan keperluan si meow seperti kotak sampah, makanan dan air bersih, tempat tidur yang selesa dan keperluan lain.

Apabila si bulus sudah terbiasa dan selesa dengan ruang yang kecil, maka dengan perlahan-lahan anda bolehlah mengajar mereka untuk menyesuaikan diri dengan ruang yang lebih besar dan berhadapan dengan orang di sekeliling mereka.

 

Kekal Tenang & Bersabar

pemalu

Membina keyakinan kucing yang bersifat pemalu tidak dapat dilakukan dalam waktu singkat. Oleh itu kesabaran adalah kunci utama.

Kucing pemalu ataupun penakut sangat sensitif terhadap perkara di sekelilingnya termasuklah sebarang kejutan, sergahan dan juga tingkah laku yang menakutkan mereka.

Pergerakan secara tiba-tiba ataupun bunyi yang kuat juga boleh menyebabkan si meow dalam ketakutan. Maka dengan itu, jangan sesekali sergah si meow ye, mau lari pecut dorang nanti!

 

Kerap Bercakap Dengan Si Meow

pemalu

Meskipun bahasa kucing tidak boleh difahami, namun perbuatan bercakap ataupun berborak dengan si meow secara tidak langsung mampu meningkatkan keyakinan mereka.

Sekiranya kita sering bercakap dengan kucing, mereka akan terbiasa dengan kehadiran dan nada suara kita sebagai pemilik mereka.

Apa yang paling penting di sini adalah, gunakan suara dengan nada yang lembut agar si meow tidak terasa seperti diancam.

 

Biarkan Kucing Hidu Anda

pemalu

Seperti yang kita semua ketahui, kucing mengenali persekitarannya melalui deria bau mereka dan ianya sangat penting untuk si meow mengenal pasti sama ada ianya berbahaya ataupun tidak.

Sebelum mendekati dan membelai kucing yang pemalu, anda boleh meletakkan tangan anda pada kedudukan di mana mereka boleh mencapai dan menciumnya.

Sekiranya si meow kerap menggosok wajahnya ke tangan anda, itu bermakna mereka mempercayai dan berasa selamat di samping anda.

pemalu

Sekiranya anda memiliki kucing yang pemalu, usahlah kecewa dan memarahi mereka kerana setiap makhluk itu mempunyai perwatakan yang berbeza-beza.

Sekurang-kurangnya si meow takutkan anda dan secara tidak langsung, barang perabot di rumah pun tak berani la nak dicakarnya kan?

 

[Sumber]: kucinglucu

 

Baca: Kucing Tidur Berdengkur Tanda Bahagia? 5 Perkara Sebenar Yang Perlu Anda Ketahui

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!