Kucing Anda Suka Jantina Sejenis? Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Kucing Anda Suka Jantina Sejenis? Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Share
sejenis

Sudah menjadi lumrah setiap hidupan di muka bumi ini dijadikan berpasang-pasangan antara lelaki dan perempuan.

Tidak kiralah sama ada haiwan kucing, anjing ataupun monyet, masing-masing mempunyai daya tarik terhadap jantina yang berlawanan.

Namun begitu, pernahkah anda melihat kucing yang suka sesama jantina mereka sendiri?

Situasi ini mungkin agak pelik untuk didengari namun ianya benar-benar wujud dan berikut merupakan beberapa perkara yang perlu anda tahu berkaitan hal ini.

sejenis

Berdasarkan kajian yang dijalankan Trend dalam Ekologi & Evolusi pada tahun 2009, tingkah laku sejenis sememangnya berlaku pada hampir kesemua haiwan termasuklah cacing, katak, burung dan juga kucing.

Jadi adakah haiwan yang mempunyai hubungan sejenis ini dikategorikan sebagai gay, lesbian dan biseksual?

Kucing boleh tertarik pada kucing lain dan mereka juga boleh menjalinkan hubungan  meskipun mereka sama jantina.

sejenis

Walaupun begitu, kucing yang berperlakuan sedemikian bukanlah dikategorikan sebagai gay, lesbian atau biseksual sebaliknya ianya hanyalah bertujuan untuk mereka melepaskan tekanan, menunjukkan dominasi, dan bermain.

Sehingga kini, masih belum ada sebarang bukti saintifik lagi yang membuktikan si meow boleh melakukan hubungan sejenis kerana keterbatasan bahasa kucing, menyukarkan pakar untuk mengenal pasti kesahihannya.

Sekiranya anda ternampak si meow sedang bergesel dan berpelukan dengan jantina sesama jenis, jangan tuduh si meow melulu ye… Sesekali dorang nak bermanja-manja apa salahnya kan?

 

[Sumber: portaljember]

 

Baca Juga: Sering Angkat Kucing Di Bahagian Tengkuk? Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!