Kucing Juga Boleh Bengang Dengan Tuan, Jangan Dekat Kalau Si Bulus Buat 5 Perkara Ini );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Kucing Juga Boleh Bengang Dengan Tuan, Jangan Dekat Kalau Si Bulus Buat 5 Perkara Ini

Share
Kucing

Ada masanya, pasti kucing akan berasa marah atau sakit hati dengan kelakuan kita yang mungkin terlalu kasar dengannya, sering mengganggunya berehat atau lain-lain sebab.

Dan mungkin anda tidak tahu apabila kucing anda sedang dalam keadaan marah kerana tidak faham bahasa badan yang ditunjukkan olehnya.

Jika kucing sedang berada dalam keadaan marah, adalah lebih baik jika memberinya ruang untuk menenangkan diri buat seketika dan tidak terus mengganggunya.

Macam mana nak tahu kucing sedang marah? Berikut adalah tanda-tandanya:

 

1. Melengkungkan tubuh dan ekornya

Apabila kucing menyukai seseorang, ia akan menggosokkan tubuh dan kepalanya pada orang itu. Tetapi, jika kucing tidak suka akan seseorang itu, ia akan melengkungkan tubuhnya dan ekornya. Ekor kucing yang melengkung adalah petanda bahawa ia sedang bersifat agresif dan bersedia untuk menyerang. Jika anda lihat kucing sedang mengibaskan ekornya ke kiri dan kanan dengan laju, lebih baik anda menjauhkan diri daripadanya kerana ia adalah petanda kucing sedang memberi amaran kepada anda.

 

2. Mendesis

Mendesis atau hissing adalah salah satu cara kucing memberi amaran kepada anda supaya tidak mengganggunya dan jika anda hiraukan amarannya itu, bersiap sedia untuk menerima akibatnya. Selain itu, kucing mendesis untuk menunjukkan senjata mereka iaitu bahagian gigi yang tajam supaya anda berasa takut terhadapnya.

gigi kucing

3. Telinga leper ke belakang

Gerakan telinga juga adalah salah satu cara untuk kita memahami mood kucing dan apabila anda melihat telinga kucing leper ke belakang, itu menunjukkkan ia sedang bengang dan petanda ia akan bertindak agresif. Oleh itu jika anda sedang membelai kucing anda dan anda lihat telinganya bergerak ke bahagian belakang, alihkan tangan anda cepat-cepat kerana mungkin masa membelai telah tamat atau anda menyentuhnya di bahagian yang ia tidak suka.

 

4. Menggigit

Apabila kucing menggigit dengan lembut dan sekejap, itu adalah tanda ia sedang bermain dengan anda. Tetapi jika gigitannya kuat sehingga meninggalkan luka yang dalam dan tidak mahu melepaskan gigitan dalam tempoh yang lama, ia sedang berada dalam keadaan marah dan mungkin juga berasa terancam.

 

5. Mencakar

Kucing akan menggunakan kukunya apabila berasa terancam dan marah. Jika anda lihat kucing anda mengeluarkan kukunya, lebih baik anda mengelakkan diri sebentar daripada kucing anda kerana kemungkinan besar ia sedang marah pada anda.

Tags:

You Might also Like

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!