Kenapa Kucing Betina 'Pancut' Merata-rata? );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Kenapa Kucing Betina ‘Pancut’ Merata-rata?

Share
kucing

Perbuatan memancut atau kencing merata-rata adalah biasa bagi kucing jantan yang belum dimandulkan untuk menandakan kawasan mereka. Pasti ramai pemilik kucing yang pernah melalui pengalaman sofa atau perabot mereka menjadi ‘mangsa’ kucing jantan.

Tetapi kita mungkin akan berasa pelik jika kucing betina atau kucing jantan yang telah dimandulkan juga kencing merata-rata. Jadi mengapa kucing betina dan kucing jantan yang sudah mandul turut kencing merata-rata?

Seorang doktor veterinar, Dr. Cindi Cox memberitahu PetMD, ia bukanlah untuk menunjukkan dominasi atau menandakan kawasan mereka. Kucing juga boleh memancut disebabkan masalah kesihatan, isu dengan bekas najisnya, atau kegelisahan, dan ini merupakan sebab yang paling biasa.

Selain itu, kucing betina mungkin kencing merata-rata disebabkan ia sedang dalam musim mengawan dan terdapat kucing jantan berdekatan sama ada di dalam atau di luar rumah.

Masalah kesihatan mungkin adalah disebabkan penyakit di bahagian saluran kencing seperti:

– cystitis iaitu keradangan pundi kencing yang disebabkan oleh:

  • jangkitan saluran kencing
  • kristal dalam air kencing
  • batu karang (cystic calculi)
  • atau penyebab lain keradangan di bahagian pundi kencing)

– cystitis steril iaitu keradangan pundi kencing yang biasanya tidak disebabkan oleh jangkitan, kristal, atau batu.

Kesemua masalah kesihatan ini boleh menyebabkan ketidakselesaan dan menjadi punca kucing tidak kencing dalam bekas najisnya.

Sekiranya kucing anda memancut bukan disebabkan untuk menandakan kawasan atau menunjukkan dominasinya, bawanya berjumpa doktor haiwan untuk memeriksa jika terdapat masalah kesihatan.

Bekas najis kucing haruslah sentiasa bersih dan pasirnya sentiasa ditukar jika sudah kotor. Sesetengah kucing begitu cerewet tentang bekas najis dan tidak mahu kencing di dalamnya jika bekas tersebut tidak menepati cita rasanya.

Jika pemilik sudah yakin bahawa kucing mereka kencing merata-rata bukan disebabkan masalah kesihatan atau bekas najis, ia kemungkinan besar adalah disebabkan stres atau tekanan.

Pemilik harus mengenalpasti punca tekanan kucing anda dan fikirkan cara mengatasinya, kata Dr. Cox. Antara kemungkinan yang boleh menyebabkan kucing stres adalah terlalu banyak kucing di rumah tangga, atau penambahan kucing baru, atau terdapat kucing lain yang membulinya. Kucing yang sering dibuli akan berasa takut untuk menggunakan bekas najis.

Bagi menyelesaikan masalah ini, pemilik kucing mungkin boleh menyediakan banyak tempat tidur, bekas makananan/air, dan juga bekas najis supaya kucing tidak bersaing, kata Dr. Cox.

Selain itu, apabila mahu memperkenalkan kucing baru di dalam rumah, cuba lakukan secara beransur-ansur dengan mengasingkan mereka terlebih dahulu supaya dapat membiasakan diri dengan bau antara satu sama lain.

Sumber: PetMD
Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!