Kenapa Kucing Buang Najis Merata-rata? Ketahui 5 Sebab Kucing Tak Nak Guna 'Litter Box' );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Kenapa Kucing Buang Najis Merata-rata? Ketahui 5 Sebab Kucing Tak Nak Guna ‘Litter Box’

Share
Kucing litter box

Pernahkah anda mengalami situasi di mana tiba-tiba sahaja kucing anda membuang najis merata-rata dan tidak mahu menggunakan bekas najisnya?

Terdapat banyak kemungkinan mengapa kucing anda tiba-tiba bertindak demikian. Berikut adalah 5 sebab mengapa kucing enggan menggunakan bekas najisnya:

Lokasi Bekas Najis

Kucing adalah haiwan yang pentingkan privasi, jadi mereka tidak suka jika bekas najis mereka berada di kawasan yang terbuka. Mereka mungkin akan berasa terancam jika membuang najis di kawasan terbuka. Letakkan bekas najis mereka di kawasan tersembunyi atau cari bekas najis yang tertutup supaya mereka tidak terdedah.

 

Bekas Najis Kotor

Cuba perhatikan bekas najis si bulus dan kawasan sekitarnya, adakah ia kotor? Jika ya, itu adalah antara sebab kucing anda tidak mahu menggunakan bekas najisnya. Bersihkan bekasnya dan kawasan sekitar sekurang-kurangnya dua kali sehari dan sentiasa tukar pasirnya jika sudah kotor.

Jenis Pasir

Selain privasi, kucing juga adalah haiwan yang amat cerewet. Jadi, jika anda tiba-tiba menukar jenis pasirnya kemungkinan ia tidak akan mengunakan bekas najisnya. Jika anda perlu tukar jenis pasir, cuba tukar secara berperingkat dengan mencampurkan pasir lama dengan pasir baru sedikit demi sedikit sehinggalah ia sudah biasa dengan pasir baru sepenuhnya.

 

Saiz/Jenis Bekas Najis

Saiz bekas najis memainkan peranan penting untuk keselesaan si bulus. Jika bekas najis terlalu kecil, ia akan berasa tidak selesa dan akan membuang najis merata-rata. Juga kenal pasti sama ada kucing anda sukakan bekas najis yang tertutup atau yang terbuka.

Jumlah Bekas Najis

Jika anda mempunyai banyak kucing, berikan setiap satu kucing bekasnya sendiri jika anda mampu. Jika tidak, sediakan beberapa bekas najis supaya kucing anda tidak perlu berkongsi terlalu ramai dan tidak perlu menunggu giliran terlalu lama. Jika anda tinggal di rumah yang bertingkat, pastikan terdapat bekas najis di setiap tingkat.

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!