Kucing Bukan Saja-Saja Nak Jilat Anda, Ini Sebab Kenapa Ianya Berlaku );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Kucing Bukan Saja-Saja Nak Jilat Anda, Ini Sebab Kenapa Ianya Berlaku

Share

Setiap pemilik kucing pastinya pernah merasai pengalaman dijilat kucing peliharaan kan?

Mungkin ada yang beranggapan bahawa ianya merupakan satu tabiat normal yang ditunjukkan seekor kucing, namun ketahuilah bahawa si meow bukannya sengaja tau nak jilat.

Berikut merupakan beberapa sebab mengapa kucing sering menjilat. Anda orang yang terpilih tau!

 

Untuk Menunjukkan Kasih Sayang

nak

Bagi kucing, menjilat bukan sahaja berfungsi sebagai mekanisme dandanan, tetapi ianya juga untuk menunjukkan rasa sayang.

Kucing menjalinkan ikatakan sosial menerusi jilatan dan rapian pada seseorang. Sebahagian daripada tingkah laku ini juga mungkin datang daripada anak kucing apabila si ibu menjilat untuk merapikan mereka dan juga sebagai tanda kasih sayang.

Maka secara tidak langsung, kebanyakan kucing akan membawa tingkah laku ini bersama pemiliknya untuk menyampaikan sentimen yang sama.

 


Baca Juga: Apa Nak Buat Kalau Kucing Kuat Merajuk? Ini Langkah Memujuk Yang Boleh Korang Cuba


 

Untuk “Menandai Wilayah Mereka”

Meskipun terdapat beberapa cara kucing menandai wilayah mereka, menjilat merupakan salah satu tingkah laku yang mungkin digunakan si meow untuk menuntut sesuatu milik mereka.

Senang cerita, si meow nak kucing lain tahu bahawa anda merupakan hak milik mereka! Macam pasangan kekasih pula kan?

 

Untuk Merasai Sesuatu Yang Menarik

Mungkin agak kelakar dan lucu, salah satu punca si meow menjilat anda adalah kerana mereka merasakan sesuatu yang menarik pada kulit anda.

Anda mungkin telah tertumpahkan air, atau tersentuh sesuatu yang meninggalkan kesan bau yang digemari si meow.

Selain itu, sesudah bersenam peluh anda mungkin akan meninggalkan sisa masin, dan itulah yang diinginkan oleh kucing anda.

 

Untuk Mengatasi Kebimbangan & Tekanan

Akhirnya, kucing anda mungkin menjilat kerana mereka berasa cemas ataupun tertekan. Kebiasaannya, kucing yang menjilat anda atau diri mereka sendiri bertujuan untuk mengatasi tekanan atau kebimbangan.

Anda mungkin akan perasan si meow akan kerap menjilat anda selepas berpindah ke rumah baharu, atau mengalami perubahan dalam persekitaran mereka.

Dalam situasi ini, anda merupakan individu yang paling hampir dan diperlukan oleh si meow.

 

Untuk Mendapatkan Perhatian Anda

Salah satu punca lain yang menyebabkan kucing menjilat anda mungkin adalah kerana mereka mahukan perhatian anda.

Sama ada mereka mahu dibelai, makanan atau perhatian, si meow mungkin menjilat anda sebagai tanda untuk menarik perhatian anda.

Sesekali kucing pun nak bermanja, apa salahnya kan?

 

[Sumber: pumpkin]
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!