Mengapa Kucing Celup Kakinya Dalam Bekas Minuman? );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Mengapa Kucing Celup Kakinya Dalam Bekas Minuman?

Share
kucing minum

Pernah tak anda lihat kucing mencelupkan kakinya dalam bekas minuman? Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa si bulus melakukan sedemikian?

Menurut pakar tingkah laku kucing, Pam Johnson-Bennett, kucing mencelupkan kakinya dalam air kerana beberapa sebab tertentu, bukanlah sekadar saja-saja.


Baca Juga: Bukan Sebab Malas, Ini 4 Alasan Mengapa Si Bulus Asyik Tidur Je


Ini alasan mengapa si bulus mencelupkan kakinya dalam bekas minuman:

Rasa tidak selesa di bahagian misai

Misai di muka kucing anda adalah bulu yang sangat sensitif. Jika mangkuk air terlalu kecil atau dalam, misai boleh boleh terkena di bahagian tepi mangkuk ketika si bulus mahu minum.

Untuk mengelakkan ketidakselesaan ini, ia akan mencelupkan kakinya ke dalam air dan minum dari kakinya. Jika si bulus anda sering melakukan sebegini, mungkin bekas yang anda gunakan terlalu kecil atau dalam.

 

Paras air yang tidak konsisten

Ada sesetengah pemilik kucing yang membiarkan air di dalam bekas hampir kering sebelum menukar kepada air yang baru. Jika paras air yang berada di bekas minumannya selalu tidak konsisten, kadang-kadang rendah dan kadang-kadang tinggi, ia akan mencelupkan kakinya untuk menguji terlebih dahulu.

Adalah penting untuk sentiasa menukar air dan membersihkan bekas air si bulus, sekurang-kurangnya satu kali sehari, supaya ia mendapatkan air yang bersih.

Kedudukan bekas minuman

Ini adalah berkaitan dengan rasa selamat. Jika mangkuk itu terletak betul-betul di sudut dinding di mana si bulus perlu membelakangkan dirinya dari persekitaran rumah atau bilik, ia akan berasa tidak selamat kerana belakangnya terdedah, terutamanya jika anda mempunyai lebih daripada seekor kucing.

Jadi, ia akan memilih untuk mencelupkan kakinya untuk minum supaya ia masih boleh memerhatikan keadaan sekeliling ketika minum. Mungkin anda boleh letakkan beberapa bekas minuman di sekitar rumah supaya setiap kucing mempunyai bekas sendiri.

 

Bermain

Sesetengah kucing gemar ‘menampar’ air dalam bekas kerana terhibur melihat pergerakan air yang berkocak. Jadi, ia hanya mahu menghiburkan dirinya.

Mungkin ada perlu bermain dengannya lebih kerapa supaya ia tidak berasa bosan sehingga terpaksa bermain dengan air.

Baca Juga: Beri Perhatian Lebih Pada Kucing Yang Sudah Tua, Ini 5 Penyakit Biasa Yang Sering Dialami ‘Senior Cat’


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!