“No, Don’t Disturb Us” - Kucing Ini Kantoi 'Movie Date' Bila Tuan Tiada Di Rumah );

Type to search

Cattiviti Cerita Haimeow

“No, Don’t Disturb Us” – Kantoi Kucing ‘Movie Date’ Bila Tuan Tiada Di Rumah

Share
date

Memang best kalau layan movie dengan si dia yang tersayang kan? Tapi jangan tak tahu selain daripada kita, ada ramai lagi makhluk di muka bumi ni yang suka ‘movie date’ juga.

Perkongsian video di aplikasi TikTok oleh seorang wanita ini memperlihatkan sepasang kucing yang sedang syok melayan movie seakan-akan sedang menonton di panggung wayang.

 

Tuan rumah sudah dapat menghidu tindak tanduk dsi comel kesayangannya itu apabila menyelinap masuk ke dalam bilik secara senyap dan cuba mengusik ‘pasangan sejoli’ itu.

Reaksi yang diberikan cukup mencuit hati apabila kucing yang diberi gelaran “Chase” dilihat cuba menepis jari tuannya lalu menggigit tanpa rasa bersalah pun. Ibarat, don’t disturb my date time.

Berikut merupakan satu lagi perkongsian video pasangan kucing yang ‘sweet’ ini. Jom layan kerenah si comel bila date.

 

‘Chase’ lagi sekali dilihat cuba menepis tangan tuannya ketika sedang tidur berpelukan bersama pasangannya dan video ini mendapat jumlah tontonan sebanyak 6.5 juta di TikTok.

Haihh, kucing pon dah pandai ber sweet-sweet dengan pasangan… kita ni bila la agaknya kan? #TeamSingleSendu

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!