Kucing Suka Jilat Satu Sama Lain? Ketahui Punca Mengapa Ianya Berlaku );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Kucing Suka Jilat Satu Sama Lain? Ketahui Punca Mengapa Ianya Berlaku

Share
mengapa

Sudah menjadi kebiasaan bagi seekor kucing untuk menjilat badan mereka terutamanya selepas selesai makan dan ianya boleh dianggap sebagai proses ‘mandi’ bagi mereka.

Namun pernahkah anda melihat kucing menjilat satu sama lain? Tidak dinafikan bahawa ianya sering terjadi pada hubungan ibu dan anak namun situasi ini juga turut berlaku sesama kucing liar tau!

Berikut merupakan beberapa faktor mengapa ianya terjadi:

Rawatan & Kebersihan

jilat

Kucing yang menjilat satu sama lain bertujuan bagi membentuk dandanan sesama mereka. Walaupun kucing sebenarnya boleh melakukannya sendiri, namun mereka tidak boleh membersihkan setiap bahagian di badan mereka.

Lidah dan gigi kucing lain boleh merungkaikan kusut dan simpulan bulu, mengeluarkan habuk serta merapikan bulu si meow.

Ia sememangnya satu perkara yang pelik apabila kucing yang tidak kenal satu sama lain boleh menjilat sesama mereka, namun itulah mereka jika dikaitkan tentang kebersihan.

Proses Alogrooming

jilat

Berdasarkan kajian pada tahun 2016 bertajuk Sociality in Cats yang diterbitkan dalam Journal of Veterinary Behavior, penyelidik dari University of Bristol di UK mendapati bahawa allogrooming adalah salah satu daripada 3 cara kucing mengekspresikan perpaduan.

Kucing boleh mendapatkan penjagaan daripada kucing lain dengan cara mendekati satu sama lain, melenturkan leher mereka dan menjilat sesam sendiri.
Gaduh-gaduh pun, ada perpaduan juga si meow ni kan?

Tanda Percaya

jilat

Kepercayaan merupakan satu perkara yang tidak dapat dibeli kan? Tanggapan yang sama turut dipraktikkan pada haiwan kucing kerana perlakuan menjilat merupakan salah satu bukti kepercayaan yang diberi pada si meow.

Selain itu, air liur kucing juga mempunyai zat anti kuman yang sangat berguna buat kesihatan bulu mereka.

Maka tidak hairanlah mengapa kucing boleh tolong jilat badan kawan-kawan dorang kan? Ada zat yang tersembunyi rupanya.

 

[Sumber: kompas]

 

Baca Juga: Sering Angkat Kucing Di Bahagian Tengkuk? Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!