Kucing Boleh Ketawa? 4 Tanda Si Meow Sedang Ceria & Gembira Bersama Anda );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Kucing Boleh Ketawa? 4 Tanda Si Meow Sedang Ceria & Gembira Bersama Anda

Share

Kucing sangat dikenali dengan perwatakan yang comel dan nakal pada masa yang sama. Manakan tidak, lihat sahaja kesan cakaran dan gigitan yang ditinggalkan si meow di sofa dan tikar rumah, habis rosak semuanya kan?

Namun begitu, ianya mungkin salah satu petanda bahawa si meow sedang gembira kerana mereka sering menunjukkan perasaan melalui bahasa tubuh dan perlakuan.

Pernahkah anda terfikir sama ada kucing boleh tertawa ataupun tidak?

gembira

Para saintis masih lagi belum boleh membuktikan bahawa kucing boleh ketawa dan penyelidikan mengenai topik itu setakat ini belum tersedia.

Namun berdasarkan pemerhatian, umum megetahui bahawa si meow sememangnya tidak boleh tersenyum apatah lagi ketawa. Tahap keceriaan mereka hanya boleh diukur melalui bahasa tubuh yang dipamerkan.

Berikut merupakan 4 petanda yang menunjukkan si meow sedang gembira dan selesa dengan anda:

 

Purring

gembira

Si meow yang sedang gembira akan cenderung untuk mengeluarkan bunyi purring yang kuat di samping matanya yang terpejam.

Ianya akan selalu dapat dilihat apabila sebaik sahaja kucing selesai makan ataupun ketika tidur dan pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada tindak balas ini.

Namun, perlu diketahui bahawa purring juga boleh menandakan si meow sedang mengalami kesakitan. Untuk info lanjut sila tekan sini.

 

Membalas Pecakapan

gembira

Kucing yang kerap membalas percakapan kita dengan bahasa semulajadi mereka ‘meow’ juga merupakan salah satu tanda mereka sedang gembira.

Percakapan kita seolah-olah dibalas apabila si meow sering membalas dengan nada yang tinggi.

Walaupun bahasa yang disampaikan sukar difahami dan tidak boleh ditafsir, ianya boleh dianggap sebagai satu tanda keceriaan yang ditampilkan si meow.

 

Memburu & Memberi ‘Hadiah’

gembira

Meskipun kucing merupakan haiwan yang sangat comel, namun ia tetap sejenis karnivor kecil yang mempunyai deria memburu yang sangat liar.

Si meow akan cenderung untuk menangkap apa sahaja haiwan ataupun serangga kecil yang melintas di hadapan mereka.

Istimewanya kucing ini adalah, hasil tangkapan akan diberikan pada tuam pemilik sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kerana menjaganya.

Jika anda kerap melihat bangkai serangga yang telah mati di hadapan pintu rumah, anggaplah si meow sedang gembira ye!

 

Kenyitan Mata Kucing

gembira

Mata kucing sangat memainkan peranan dalam bahasa pertuturan yang dipamerkan seekor kucing.

Sekiranya kucing anda memandang dengan mata yang terbuka luas dan anak mata kelihatan penuh berwarna hitam, itu tandanya si meow amat menyayangi anda. 

Lebih-lebih lagi apabila apabila kucing anda membuat kenyitan mata secara perlahan, ianya bermaksud ‘A CAT KISS’.

 

[Sumber]: ms.lovely

 

Baca: Hairan Ada Sahaja Benda Yang Si Bulus Lakukan. Mereka Nak Apa Sebenarnya?

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!