Apa Nak Buat Kalau Kucing Kuat Merajuk? Ini Langkah Memujuk Yang Korang Boleh Cuba );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Apa Nak Buat Kalau Kucing Kuat Merajuk? Ini Langkah Memujuk Yang Korang Boleh Cuba

Share
merajuk

Pernah tak korang berhadapan dengan situasi di mana kucing peliharaan enggan makan, banyak tidur dan mengganas secara tiba-tiba?

Itu tandanya si meow sedang merajuk! Gusar dengan apa yang dihadapi, setiap pemilik kucing pasti tidak boleh lari daripada berhadapan dengan situasi seperti ini.

Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk memujuk dan meredakan semula kemarahan si meow, tapi sebelum tu jom ketahui tanda-tanda kucing yang sedang marah:

  1. Merengus
  2. Mengelakkan mainan kegemaran mereka
  3. Bersembunyi dan enggan keluar
  4. Telinga dileperkan ke belakang dan menonjol
  5. Menggigit apabila anda cuba membelai mereka
  6. Ekor berkedut
  7. Menolak hidangan kegemaran
  8. Mendengkur
  9. Mencakar perabot

 


Baca Juga: Elak Lakukan 4 Perkara Ini Di Rumah! Si Meow Boleh Jadi Benci Pada Anda Jika Kerap Berlaku


 

 

3 Langkah Memujuk Si Meow Yang Sedang Merajuk

 

Mendekati Si Meow Perlahan-Lahan

merajuk

Kebiasaannya, kucing yang merajuk berpunca daripada ketakutan yang dihadapi dan rata-ratanya disebabkan keadaan sekeliling ataupun tindak balas daripada si pemilik.

Anda boleh bantu mengurangkan ketakutan si meow dengan cara mendekati mereka dengan perlahan dan selamat.

Salah satu cara untuk melakukan ini adalah dengan berbaring di atas lantai atau duduk di sofa pada jarak yang jauh. Ini menunjukkan bahawa anda bukan ancaman dan tidak berniat untuk menyentuh mereka atau mengganggu mereka.

Anda dinasihatkan agar lakukannya dengan berhati-hati dan perlahan-lahan. Sediakan makanan ataupun snek kegemaran si meow dan biarkan kucing anda datang kepada anda. Jika kucing berlari, jangan cuba mengejarnya.

 

Mengabaikan Tingkah Laku

Mengabaikan tingkah laku kucing anda kadangkala boleh menjadi pilihan yang bijak. Dengan cara ini, secara tidak langsung ianya boleh meredakan ketegangan dan memberitahu kucing anda bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan.

Anda juga boleh cuba mengganggu tingkah laku kucing anda dengan mengalih perhatian mereka. Anda boleh menggoncang balang syiling, membaling mainan kecil ke arah mereka atau memancutkannya dengan pistol air kecil.

Walaubagaimanapun, elakkan untuk menggoncang bekas makanan mereka sebagai umpan ataupun ganjaran kerana si meow akan beranggapan bahawa perbuatan yang tidak baik akan memberikan mereka lebih banyak hidangan pada masa hadapan.

 

Sediakan Persekitaran Selamat

Persekitaran yang selamat dan selesa boleh membantu kucing kembali tenang selepas merajuk.

Kucing yang sedang merajuk ataupun marah, kebiasaannya ingin bersembunyi di ruang privasi. Sebaiknya, kemaskan sangkar ataupun tempat tidur si meow agar mereka selesa untuk berehat dan ‘tenangkan’ diri.

Kalau dah selesa berehat, baru lah kucing ada mood nak keluar dan bermanja seperti biasa.

 

[Sumber: acomaanimal]
Tags:

You Might also Like

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!