5 Cara Atasi Masalah Kucing 'Membuang' Di Halaman Rumah Anda

Type to search

Cattiviti Haimeow

5 Cara Atasi Masalah Kucing ‘Membuang’ Di Halaman Rumah Anda

Share
halaman

Seorang pencinta kucing pasti rasa berbelah bahagi apabila hasil tanaman dan tumbuhan yang disayangi, dipenuhi dengan najis dan kencing kucing.

Nak dimarah tak boleh, maklumlah haiwan kucing kesayangan la katakan… tapi dalam hati tuhan saja yang tahu betapa kecewa dan geramnya terhadap kucing yang berperlakuan sebegitu rupa.

Situasi ini sering berlaku pada ibu-ibu di luar sana yang gemar bercucuk tanam di halaman rumah, namun sering menjadi tumpuan si meow untuk ‘menabur’ bajanya.

Berikut merupakan 5 cara yang boleh anda lakukan untuk membendung masalah ini daripada berlarutan.

 

Siram Minyak Tanah

halaman

Mempunyai bau yang agak kuat dan menusuk, minyak tanah sering digunakan untuk bahan bakar terutamanya sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi menghidupkan api pelita.

Namun tanpa kita ketahui, bauan dari minyak tanah ini sangat dibenci oleh kucing lebih-lebih lagi jika disiramkan di kawasan privasi mereka.

Bagi anda yang mempunyai halaman rumah, cuba siramkan pada sekitar kawasan tanah yang sering menjadi sasaran si meow.

Jangan siram pada lantai ye… nanti anda yang tergelincir, penulis tak bertanggungjawab.

 

Serai wangi

halaman

Jika minyak tanah berbau busuk, anda juga boleh menggunakan haruman serai wangi untuk menghalau kucing dari membuang di kawasan tidak sepatutnya.

Sering digunakan untuk menghalau serangga, ianya juga dipercayai boleh menghalau kucing dari mendekati tanaman anda.

Ianya boleh dihasilkan sendiri di dapur atau lebih mudah, beli sahaja apa-apa produk semburan berasaskan serai wangi di pasaraya.

Sekiranya si meow masih berdegil dan membuang di tanaman anda, sekurang-kurangnya ia dapat mengelakkan dari dihurung lalat dan serangga.

 

Tanam Tanaman Berduri

halaman

Jika anda menghadapi kesukaran mendapatkan bahan-bahan di atas, penulis sarankan anda untuk cuba tanamkan pokok jenis berduri seperti kaktus.

Selain daripada memiliki bentuk tanaman yang cantik dan menarik, pokok kaktus juga boleh berfungsi sebagai penghadang kucing.

Sekiranya anda berada di dalam hutan, pasti anda akan mencari kawasan yang lapang untuk membuang kan?

Begitu juga dengan kucing, jika kawasan halaman anda dipenuhi dengan tanaman berduri, maka terkubur la hasrat si meow untuk melepaskan ‘hajat’ di situ.

 

Cucukkan Lidi Pada Pasu Bunga

halaman

Selain dari halaman rumah, pasu bunga juga sering dijaikan sasaran si meow untuk membuang najis mereka.

Tip kali ini merupakan yang paling mudah dan ringkas!

Cucukkan lidi secara menegak pada keliling tanah pasu bunga anda, ianya sekaligus dapat mengelakkan kucing dari menghampiri pasu bunga anda.

Kalau si kucing masih berkeras mahu mencuba, maka berdarah la punggung si meow nanti.

 

Tanam Tanaman Yang Dibenci Kucing

halaman

Sekiranya anda merasakan tumbuhan pokok merupakan tarikan buat si meow, maka anda perlu mengetahui bahawa ada beberapa jenis tumbuhan yang sangat dibenci oleh kucing.

Berikut merupakan jenis tumbuhan yang tidak digemari oleh si meow.

  • Lavender
  • Daun kari
  • Rosemary
  • Coleus Canina

Anda boleh dapatkan tumbuhan di atas di kedai nursery berhampiran dan tanamkan di halaman rumah anda.

Kalau di rumah penulis, pokok daun kari sentiasa menjadi penyelamat pada masalah ini. Ia bukan sahaja dapat melindungi tumbuhan di halaman rumah, nak jadikan bahan masakan pun senang, cuma perlu petik sahaja!

 

Sumber: propertyguru

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!