Kucing Mengiau Tanpa Henti, Apa Yang Cuba Disampaikan Sebenarnya? );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Kucing Mengiau Tanpa Henti, Apa Yang Cuba Disampaikan Sebenarnya?

Share
mengiau

Sebagai pemilik kucing, anda pasti pernah melalui situasi di mana kucing peliharaan mengiau tanpa henti sehingga mengganggu suasana di rumah kan?

Makan minum sudah diberi, litter box sudah dibersihkan dan tempat tinggal si meow pun sudah dalam keadaan yang selesa.. tapi masih lagi mengiau tanpa henti.

Pening kepala dibuatnya kan?

Untuk pengetahuan anda, kucing mengiau tidak bermaksud mereka ingin makan sahaja tau… Jom ketahui 5 perkara yang cuba disampaikan si meow dalam situasi ini.

 

Mahu Bersiar-Siar

mengiau

Sama seperti kita, si meow juga menginginkan kebebasan dan sekali-sekala teringin untuk bersiar-siar melihat dunia luar.

Sebagai pemilik kucing, anda seharusnya menetapkan jadual bermain dan bersiar-siar si bulus ketika masih kecil lagi agar tumbesaran habitat mereka tidak tersekat di dalam rumah sahaja.

Bersiar-siar di halaman rumah sahaja sudah memadai buat si meow yang kebosanan. Setidak-tidaknya dapat la juga mereka menghirup udara segar dan melihat panorama hijau dunia luar.

 

Persekitaran Yang Selamat

mengiau

Sekiranya sangkar ataupun tempat tidur kucing berada di luar rumah, anda perlu memastikan agar kawasan yang didiami mereka berada dalam keadaan selamat.

Kadangkala, si meow mungkin berasa terancam dengan persekitaran sekeliling yang kurang selamat atas faktor tertentu seperti wujud persaingan daripada kucing luar, kawasan yang terlampau terbuka dan kotor.

Melihatkan keadaan ini, si meow pastinya kurang selesa maka, tidak hairanlah mengapa mereka akan sentiasa mengiau pada anda.

Cuba check persekitaran sangkar kucing anda, selamat ke tak?

 

Ganjaran Snek

mengiau

Selain daripada pemakanan harian normal seperti kibbles dan wet food, si meow pun teringin nak makan snek sekali sekala tau!

Diet pemakanan mereka boleh juga diselitkan dengan snek harian yang sihat dan ianya boleh dianggap sebagai ganjaran buat si meow anda.

Sebagai pemilik, tidak salah jika sekali-sekala anda memberikan ganjaran ataupun upah snek kegemaran pada kucing peliharaan… baru la ceria dan kurang merengek seperti bayi si meow nanti.

 

Guna Isyarat Tegas

mengiau

Kucing yang mengiau tanpa henti selalunya cenderung untuk bermain dan boleh dikategorikan sebagai manja.

Situasi seperti ini boleh dibentuk sekiranya anda menggunakan bahasa isyarat yang tegas pada si meow sejak dari kecil lagi.

Tegas di sini tidak bermaksud perlu menggunakan kekasaran ye… nada suara yang tinggi dan perlakuan ‘mengacah’ si meow adalah lebih diutamakan.

Dari bahasa isyarat ini juga, si meow pasti akan lebih berdisiplin dan menjaga tingkah laku mereka.

mengiau

Tujuan seekor kucing itu mengiau pada pemiliknya tidak lain dan tidak bukan, sebenarnya hanya mahukan belaian manja dan perhatian dengan kerap.

Maklumlah, si meow ni attention seeker juga kadangkala kan. Tapi sekiranya anda mempunyai komitmen lain yang lebih penting, bolehlah cuba melakukan 4 perkara seperti di atas!

 

Baca: Nak Peluk Tapi Meow Garang? Begini Caranya Peluk Kucing Tanpa Dicakar

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!