Kucing Anda Selalu Hilang? 5 Cara Elak Si Meow Keluar Dari Rumah );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Kucing Anda Selalu Hilang? 5 Cara Elak Si Meow Keluar Dari Rumah

Share
keluar

Kucing juga sama seperti manusia yang inginkan kebebasan jika terlalu lama dikurung di dalam sangkar ataupun terkongkong di dalam rumah.

Peluang yang dimiliki pasti akan dimanfaatkan sebaiknya oleh si meow lebih-lebih lagi apabila mereka terlepas tanpa disedari.

Akibatnya, si meow yang tidak biasa dengan persekitaran luar akan tersesat dan berkemungkinan besar diculik.

Berikut merupakan 5 cara yang boleh dilakukan bagi memastikan si bulus anda tidak keluar rumah.

 

Sediakan Tempat Bersih dan Selesa

keluar

Keselesaan dan kebersihan tempat tidur si meow merupakan antara faktor yang mendorong mereka untuk keluar rumah selalu.

Seekor kucing merupakan haiwan yang pembersih dan semestinya keselesaan menjadi keutamaan buat mereka. Jika si meow gemar tidur di atas sofa, anda bolehlah sediakan sebuah sofa mini khas untuk mereka.

keluar

Kalau si bulus sukakan tempat yang sejuk, sediakan ruang lantai yang mencukupi untuk si meow tidur.

Baru la ‘home sweet home’ kan?

 

 

 

 

Beri Makanan yang Cukup

keluar

Seekor kucing yang kelaparan, akan sering mencari jalan keluar rumah demi mendapatkan makanan tambahan yang diingini.

Selain itu, si meow juga mudah bosan dan muak jika diberi makanan yang sama setiap hari sebagai contoh, jika terlampau kerap diberi kibbles, perasaan muak akan dirasai oleh si meow dan kemudiannya akan keluar untuk mencari makanan lain.

Oleh itu, sebagai pemilik kucing, adalah satu keperluan untuk anda sentiasa peka dengan selera dan diet pemakanan si meow.

 

Bekas Litter Box

keluar

Bekas litter merupakan salah satu perkara penting yang perlu anda perhatikan selalu.

Sediakan bekas litter khas untuk si meow ‘membuang’ dan pastikan ianya sentiasa dalam keadaan bersih selepas digunakan.

Jika terlampau kotor, bersiap sedialah kerana pasu bunga dan juga rumput di halaman rumah anda akan dipenuhi ‘baja’ dari si meow.

 

Bermain

keluar

Salah satu punca si meow kerap ingin keluar rumah adalah kerana mereka kebosanan.

Sekali sekala, luangkan sedikit masa untuk bermain dengan si bulus supaya mereka merasa lebih selesa dan selamat untuk berada di dalam rumah.

Selain itu, ianya juga dapat membuatkan kucing anda aktif dan terhindar daripada masalah obesiti.

Jika terlampau sibuk sekalipun, belaian manja pada si meow pun sudah memadai!

Sediakan Rumput Kucing Dalam Rumah

keluar

Rumput berperanan membantu mencernakan semula pemakanan si meow dan dalam masa yang sama, boleh dijadikan ubat untuk rawatan.

Seeloknya tanamkan rumput di dalam rumah supaya si meow lebih selesa dan mudah untuk mendapatkan rawatan dengan sendirinya.

Maka dengan itu, tiada lagi alasan untuk kucing anda keluar mencari rumput dan anda bolehlah mendapatkan rumput berkenaan di klinik vet berhampiran.

keluar

Si meow pasti akan lebih bahagia dan selesa untuk menetap di rumah jika segala keperluan mereka disediakan dengan baik.

Jangan salah anggap… penulis tidak berniat untuk mengurung atau mengongkong si meow di dalam rumah.

Cuma kalau kucing kesayangan kita hilang ataupun diculik tanpa disedari, itu lagi bahaya kan?

 

Sumber: bobo.grid

 

Baca: Kenapa Kucing Suka Berlari Tak Tentu Hala? Jom Ketahui Sebabnya
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!