Kucing Selalu Jalan Di Kaki Sebab Saja Nak Bagi Anda Tersadung? Ini Rupanya Sebab Si Bulus Buat Begitu... );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Kucing Selalu Jalan Di Kaki Sebab Saja Nak Bagi Anda Tersadung? Ini Rupanya Sebab Si Bulus Buat Begitu…

Share
Kucing

Anda sedang berjalan di rumah apabila tiba-tiba satu makhluk berkeliaran di kaki anda, menyebabkan anda tersadung dan jatuh. Anda lihat sekeliling dan rupa-rupanya kucing anda yang menghalang laluan.

Mungkin anda tertanya-tanya mengapa kucing anda selalu melakukan sedemikian. Adakah mereka mahu bermain dengan anda? Adakah mereka mahukan sesuatu? Atau adakah mereka hanya mahu ‘prank’ anda?

Terdapat beberapa sebab mengapa kucing suka berjalan di kaki dan menghalang perjalanan anda.

 

Teruja

Apabila anda bangun, kucing anda mungkin berfikir bahawa anda mahu pergi mendapatkannya makanan, lebih-lebih lagi jika masa makan mereka sudah hampir. Jadi mereka akan berasa teruja untuk mengikut dan berjalan bersama anda. Ia juga mungkin disebabkan kucing anda fikir bahawa anda mahu bermain dengannya.

 

Menunjukkan dominasi

Kucing juga tahu jika ia berjalan di kaki anda sambil menggosok-gosokkan badannya, anda akan berjalan dengan lebih perlahan atau mungkin terpaksa berhenti seketika. Ini adalah salah satu caranya untuk memberitahu anda bahawa ia adalah ‘bos’ dan anda berada dalam kawalannya.

Pelukan

Apabila kucing berjalan di kaki anda dan melingkarkan ekornya di sekitar betis anda, ini mungkin menandakan ia sedang memeluk anda. Selepas memburu, kucing liar biasanya akan saling menggosok dan melingkari ekornya kepada kucing lain sebagai satu cara bermesra.

 

Dapatkan Perhatian

Mungkin ia berasa anda tidak cukup memberikannya perhatian, jadi ia sedang cuba memberitahu anda supaya luangkan masa dengan lebih kerap bersamanya. Untuk mengelakkan kucing anda daripada sering melakukan berjalan di kaki anda, luangkan masa bersamanya dengan lebih kerap supaya ia tidak berfikir bahawa ia harus melakukan sedemikian untuk mendapatkan perhatian.

Tags:

You Might also Like

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!