Kucing Anda Ikut Ke Hulu Ke Hilir Setiap Masa? Ketahui Sebabnya );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Kucing Anda Ikut Ke Hulu Ke Hilir Setiap Masa? Ketahui Sebabnya

Share
Kucing

Adakah kucing anda jenis yang suka mengekori anda ke mana-mana setiap masa, sehingga ke tandas mahupun ketika mahu memasak?

Pasti seronok mempunyai si bulus yang manja dan sentiasa berkepit dengan anda seperti anak kecil kan?


Baca Juga: Bukan Sebab Malas, Ini 4 Alasan Mengapa Kucing Asyik Tidur Je


Tetapi, jika si bulus anda bukan jenis sebegitu dan ia tiba-tiba mula mengikut anda ke seluruh kawasan rumah, pasti anda akan berasa pelik.

Sebenarnya, si bulus cuba berkomunikasi dengan anda dan mahu memberi tahu anda sesuatu.

Jika si bulus masih mengikut anda dan mengiau selepas anda memberi makanan kepadanya, ini mungkin caranya untuk memberitahu anda bahawa mereka belum puas makan dan mahukan lagi.

Tetapi, ini tidak bermakna anda perlu memberi makanan berlebihan kepadanya, kerana jika anda turutkan kehendak si bulus, ia boleh mengalami obesiti.

Tetapi, kucing yang semakin tua mungkin memerlukan perubahan diet, jadi anda mungkin harus memberi perhatian jika berat badan mereka semakin menurun dan kelihatan kurus atau bulu mereka kelihatan kusam.

Kucing menganggap pemiliknya sebagai ‘ibu’, jadi dengan mengekori pemiliknya, ia akan berasa dilindungi. Ini juga berlaku jika mereka mengalami kebimbangan perpisahan (seperation anxiety), terutamanya jika anda meninggalkannya untuk masa yang lama.

Si bulus juga mungkin kadang-kadang berasa bosan, jadi mereka akan mengekori anda supaya anda bermain dengannya. Pastikan anda bermain dengan si bulus dengan kerap supaya mereka tidak bosan, lebih-lebih lagi bagi kucing indoor.

Sesetengah kucing mengekori anda untuk memberitahu bahawa mereka berasa tidak sihat. Jika si bulus kelihatan murung, pergerakan badannya lemah dan lain daripada biasa dan mengiau lebih kerap dan kuat daripada biasa, anda harus membawanya berjumpa doktor haiwan untuk pemeriksaan lanjut.

Kucing juga mempunyai sifat ingin tahu yang amat tinggi. Ia akan meneroka setiap pelusuk rumah terutamanya jika ia menghidu bau yang luar biasa. Jika anda baru pulang dari luar, si bulus mungkin akan tertarik dengan bau yang melekat pada anda.

Sumber: Hola
Tags:

You Might also Like

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!