Kucing Suka Tidur Dengan Anda? 4 Sebab Si Meow Sering Jadikan Anda 'Port' Baring Mereka );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Kucing Suka Tidur Dengan Anda? 4 Sebab Si Meow Sering Jadikan Anda ‘Port’ Baring Mereka

Share

Bagi pemilik kucing, tidur malam anda pastinya akan sedikit terganggu dengan kehadiran si meow yang sering menyelinap masuk ke dalam selimut ataupun di celah bahu anda kan?

Tahukah anda mengapa ianya berlaku? Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan si meow gemar bertindak sedemikian.

Tidak kira la sama ada kucing jantan mahupun betina, kedua-duanya berkongsi faktor dan punca yang sama seperti berikut:


BACA JUGA: Anda Yakin Si Meow Selesa & Selesa Bersama Anda? 4 Petanda Kucing Sebenarnya Bencikan Anda


 

Keselamatan

Walaupun kucing adalah pemangsa kecil, mereka juga berisiko diburu oleh haiwan yang lebih besar sehingga mereka perlu berwaspada. Apabila kucing anda sedang tidur, ia terdedah dan berisiko besar untuk diserang oleh pemangsa tanpa disedari.

Tidur dengan anda memberikan mereka tahap keselamatan dan perlindungan tambahan sekiranya pemangsa menyerang pada waktu malam.

Si meow gemar tidur bersama anda kerana mereka percaya bahawa anda bukan satu ancaman dan boleh meindungi mereka jika perlu.

 

Kehangatan

suka

Dengan suhu badan 102 darjah (3-4 darjah lebih tinggi daripada suhu badan manusia), toleransi dan keinginan kucing terhadap kehangatan jauh lebih tinggi daripada kita.

Badan anda yang hangat merupakan tempat yang sesuai dan diinginkan oleh si meow sebagai tempat tidur pada waktu malam.

Lebih-lebih lagi di bahagian kepala dan kaki kan? Laju je si meow ni cop tempat tidur dia.

 

Wilayah

suka

Kucing merupakan haiwan yang sangat teritorial. Oleh itu, mereka mungkin menganggap katil anda sebagai sebahagian daripada wilayah mereka.

Kucing akan datang dan menandakan wilayah mereka dengan menggosok kepala dan berjalan di atas objek kerana mereka mempunyai kelenjar di kaki dan kepala yang akan mengeluarkan feromon

Pada asasnya, itu merupakan cara si meow menandakan kawasan itu sebagai milik mereka.

Selain itu, berjalan di atas katil dan menggosok kepala pada anda juga merupakan salah satu cara kucing menandakan wilayah mereka.

 

Persahabatan

Kucing mungkin suka tidur dengan anda hanya kerana mereka suka dan mempercayai anda.

Si meow sedar bahawa mereka dijaga dengan baik dan menganggap anda sebagai teman tidur yang disukai!

Berinteraksi dengan manusia yang mereka kasihi boleh membantu si meow lebih ceria dan rasa disayangi. Sekiranya kucing sering datang dan tidur dengan anda, ini menunjukkan bahawa mereka menikmati setiap detik dan ingin meluangkan masa lebih dengan anda.

 

[Sumber: akcreaunite]
Tags:

You Might also Like

3 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!