Kucing Tak Tidur Malam? Ini Apa Yang Mereka Lakukan Bila Kita Tidur );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Kucing Tak Tidur Malam? Ini Apa Yang Mereka Lakukan Bila Kita Tidur

Share

Waktu malam merupakan satu detik di mana kita semua akan berehat dan tidur sementara menunggu terbitnya matahari di sebelah pagi.

Namun begitu, sedar ataupun tidak kucing merupakan sejenis haiwan yang tidak tidur malam. Mereka akan lebih cenderung untuk tidur lena di siang hari atas beberapa faktor tertentu.

tahukah anda apa yang mereka lakukan di malam hari? Berikut merupakan 4 aktiviti si meow di malam hari:

Bersiar-Siar

tidur

Kucing mempunyai penglihatan yang jelas di dalam gelap dan lebih cenderung untuk merayau di kala suasana sepi.

Menurut pakar haiwan Marty Becker, beliau menerangkan bahawa antara punca utama kucing tidak tidur pada waktu malam adalah kerana penglihatan yang luar biasa.

Si meow kebiasaannya akan merayau dan berjaga di malam hari memerhatikan keadaan sekeliling ataupun bertegur sapa dengan kucing lain.

 

Mencari Makanan

tidur

Kucing mempunyai selera makan yang sangat besar jika dibandingkan dengan haiwan peliharaan lain.

Si meow boleh terasa lapar pada bila-bila masa sahaja termasuklah ketika lewat malam. Maka, tidak hairanlah jika mereka kerap mengiau tatkala di malam hari.

Itu tandanya mereka laparlah tu, cepat tambahkan makanan dalam bekas mereka!

 

Memburu Mangsa

tidur

Kucing merupakan haiwan pemangsa yang hebat, jadi tidak hairanlah jika mereka aktif di tengah malam.

Pernah tak korang bangkit pagi tengok depan pintu rumah ada bangkai belalang, serangga ataupun tikus yang dah mati? Itulah hasil buruan si meow di malam hari.

Kebosanan & Resah

tidur

Sama seperti manusia, apabila ditimpa perasaan bosan, kegelisahan dan tabiat yang buruk, ianya boleh menyebabkan masalah tidur.

Salah satu punca yang boleh menyebabkan si meow kebosanan adalah kurangnya perhatian daripada si pemilik. Sekurang-kurangnya cuba la luangkan masa bermain seketika dengan si meow sebelum tidur, baru la mereka gembira kan?

Dah banyak main, nanti penat baru la boleh tidur dengan nyenyak kan?

tidur

Adalah penting untuk memastikan kucing anda melakukan aktiviti yang mencukupi di siang hari kerana mereka lebih cenderung untuk tidur lebih nyenyak selepas mereka banyak ber aktiviti sama seperti manusia.

Tapi bila difikirkan semula, bagus juga kan ada pengawal di malam hari? cuma kena siap sedia buangkan bangkai serangga jelah keesokannya..

 

[Sumber: bola.com]

 

Baca Juga: Kucing Pun Tahu Marah? 5 tanda Si Meow Sebenarnya Tengah Geram Dengan Korang

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!