Kucing Tidur Berdengkur Tanda Bahagia? 5 Perkara Sebenar Yang Perlu Anda Ketahui );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Kucing Tidur Berdengkur Tanda Bahagia? 5 Perkara Sebenar Yang Perlu Anda Ketahui

Share
bahagia

Si meow yang lena dibuai mimpi kebiasaannya akan tidur sekurang-kurangya 2 jam dalam satu tempoh masa dan pastinya ia merupakan antara detik bahagia buat mereka.

Siapa je yang tak bahagia kan? Lebih-lebih lagi kalau kita termimpikan sesuatu yang indah, bunyi dengkur dan titisan air liur pastinya akan muncul tanpa diduga.

Namun begitu, jika diperhatikan kucing juga boleh tidur sehingga berdengkur, sama seperti manusia tau!

Berikut merupakan 5 perkara yang perlu anda ketahui tentang dengkur pada seekor kucing.

 

Komunikasi Antara Anak dan Ibu Kucing

bahagia

Dengkuran anak kucing yang berusia kurang 2 tahun merupakan salah satu cara mereka berkomunikasi dengan ibu mereka.

Dengan berdengkur, ianya membolehkan anak kucing memberi isyarat kepada ibu mereka di mana mereka berada, memberitahu ibu bahawa mereka selamat dan juga sebagai petanda bahawa mereka kelaparan.

Mungkin ianya agak sukar untuk difahami oleh kita namun perlu diketahui bahawa setiap bunyi dengkur mempunyai intonasi yang berbeza dan bercampur dengan suara meow.

Ibarat kod rahsia kucing la ni kan?

 

Tanda Mereka Gembira

bahagia

Sekiranya kucing anda berdengkur sambil duduk dengan matanya perlahan-lahan ditutup, iitu menandakan bahawa si meow sedang melalui proses bahagia dan gembira.

Faktor persekitaran yang selesa dan pemakanan yang bagus telah membuatkan mereka lena tidur sambil terduduk.

Bahasa tubuh ini merupakan tanda isyarat yang ingin disampaikan kepada pemiliknya, bahawa mereka telah melakukannya dengan baik dan si meow merasa sangat gembira.

 

Si Meow Dalam Ketakutan

bahagia

Dalam tidur pun boleh ketakutan? Mestilah boleh, kalau mimpi seram tak ke takut dibuatnya?

Si meow yang sedang tidur sebenarnya boleh berada dalam ketakutan atas faktor-faktor tertentu seperti pergaduhan dan mimpi buruk.

Seiring dengan bulu berdiri, bunyi dengkur akan kedengaran apabila si meow melalui sesuatu yang membuatkan mereka gugup atau ketakutan.

 

Menyembuhkan Kesakitan

bahagia

Berdasarkan kajian, Scientific American menerbitkan di laman webnya bahawa frekuensi bunyi pada dengkur kucing ini dapat membantu menyembuhkan dan menguatkan tulang si meow.

Para penyelidik percaya bahawa dengkur merupakan salah satu cara kucing merangsang otot dan tulang mereka tanpa mengeluarkan banyak tenaga.

Ini adalah kerana, kucing menghabiskan sebahagian besar waktunya untuk tidur dan berehat.

Malah, setiap kali selepas mereka bergaduh mesti si meow akan merehatkan diri dan tidur kan?

 

Sakit dan Hampir Mati

bahagia

Sekiranya kucing anda baru terlibat dengan pergaduhan dan kemudiannya mereka tidur, sebaiknya perhatikan keadaannya kerana si meow berkemungkinan untuk sakit atapun mati.

Kucing yang mengalami kesakitan atau mengalami kecederaan akan bergelut untuk sembuh dan menenangkan diri.

Maka dengan itu, kebiasaannya kucing akan mencari tempat yang tenang dan selesa, kemudian tidur sambil berdengkur untuk bertenang dan menahan kesakitan.

Tanpa kita sedari, banyak kesan dan akibat yang boleh terjadi berpunca daripada kucing yang tidur berdengkur.

Jangan ingat si meow tidur berdengkur bila mereka gembira je tau!

 

[Sumber]: idntimes

 

Baca: 4 Tip Bina ‘Chemistry’ Dengan Anak Kucing Baru

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!