Kuku Si Meow Panjang? Ketahui 3 Info Penting Sebelum Potong

Type to search

Cattiviti Haimeow Pilihan Haimeow

Kuku Si Meow Panjang? Ketahui 3 Info Penting Sebelum Potong

Share
kuku

Memang menjadi lumrah seekor kucing suka mencakar benda di sekeliling mereka lebih-lebih lagi jika kuku mereka tajam dan tidak pernah dipotong.

Kerusi sofa, karpet, kertas dan tayar kereta sering menjadi sasaran si meow mengasah kuku mereka dan buat pemilik kucing pastinya anda sudah lali dengan perkara seperti ini di rumah kan?

Perlu diketahui bahawa seekor kucing sangat memerlukan kukunya untuk tujuan perlindungan dari sebarang ancaman namun dalam masa yang sama ianya juga perlu dipotong secara berkala setiap bulan.

Berikut merupakan 3 perkara yang perlu anda fahami tentang kuku si meow.

 

Kepentingan Memotong Kuku Kucing

kuku

Ianya bergantung pada habitat kucing anda sama ada mereka bermain di dalam rumah ataupun di luar rumah.

Sekiranya bermain di luar kawasan rumah, kuku mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam aktiviti pemburuan dan perlindungan.

Namun jika kucing anda hanya bermain di dalam rumah, maka sangat penting untuk anda memotong kuku mereka bagi mengelakkan sofa ataupun barangan di dalam rumah musnah dan rabak dikerjakan mereka.

Kucing tua pula perlu dipotong kukunya dari semasa ke semasa kerana ianya boleh mencederakan kaki mereka sekiranya dibiarkan terlalu panjang.

Hal ini adalah kerana kucing tua sudah semakin kurang aktif dan tidak lagi memerlukan kukunya untuk sebarang tujuan.

 

Langkah-Langkah Ingin Memotong Kuku Kucing

 

Sediakan Pemotong Kuku Khas Kucing

kuku

Terdapat pelbagai jenis pemotong kuku yang dijual di pasaran seperti jenis pemotong kuku manusia, guillotine dan gunting.

Anda dilarang sama sekali menggunakan pemotong kuku manusia kerana ianya akan menyebabkan kuku kucing rosak dan bercabang di bahagian hujungnya.

 

Memulakan Dengan Perlahan dan Tenang

kuku

Sekiranya kucing anda bertindak agresif dan garang ketika anda ingin memotong, sebaiknya biarkan dan tunggu dahulu emosi mereka stabil.

Anda juga boleh mengumpan mereka dengan makanan kegemaran untuk mengembalikan mood mereka.

Adalah lebih mudah sekiranya anda melakukannya ketika si meow sudah mula mengantuk dan tidur.

Setidak-tidaknya, kurang la sikit risiko anda untuk dicakar ketika memotong kuku mereka.

 

Tekan Telapak Kaki Kucing

kuku

Kenal pasti bahagian yang perlu dipotong. Bahagian yang berwarna pink dipanggil ‘quick’ merupakan saluran darah ataupun dipanggil isi kucing adalah dilarang dipotong sama sekali.

Jika terkena ke bahagian ini, kuku kaki si meow akan luka berdarah dan membengkak jika tidak dirawat.

kuku

Bahagian yang boleh dipotong hanya di bahagian berwarna jernih sahaja.

Sekiranya berdarah ataupun luka, ikuti langkah penjagaan di bawah:

  • Rendamkan kuku ke dalam air sabun mandi beberapa minit untuk menghentikan pendarahan.
  • Dapatkan ubat luka di klinik veterinar berhampiran
  • Sapukan ubat pada bahagian kuku yang berdarah dan periksa keadaan kuku tersebut pada setiap hari bagi mengelakkan dari terkena jangkitan.
  • Letakkan ais pada kuku yang berdarah untuk menghentikan pendarahan

 

Penulis faham perasaan anda yang tidak tahan dan marah apabila barang keperluan di rumah rosak dicakar si meow.

Maka dengan itu, anda bolehlah ikuti langkah dan info di atas sebelum memotong kuku kucing anda. Paling tidak, belikan cat scratcher untuk mereka melepaskan geram.

 

Sumber: alamkucing

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!