Elak Lakukan 4 Perkara Ini Di Rumah! Si Meow Boleh Jadi Benci Pada Anda Jika Kerap Berlaku );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Elak Lakukan 4 Perkara Ini Di Rumah! Si Meow Boleh Jadi Benci Pada Anda Jika Kerap Berlaku

Share
pada

Setiap pemilik kucing pastinya ingin memberikan yang terbaik buat si bulus masing-masing terutamanya daripada segi kelengkapan tempat tinggal, makan, dan keselesaan mereka.

Namun tahukah anda bahawa tanpa kita sedari, terdapat beberapa perkara yang sering kita lakukan namun dibenci si meow?

Sukar untuk ditafsir, tindak balas si meow boleh dilihat melalui bahasa tubuh yang ditampilkan. Berikut merupakan beberapa perbuatan kita, yang dibenci oleh si meow:

 

Permukaan Lantai Kotor

benci

Kucing mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terutamanya di bahagian jari tangan dan kaki mereka.

Menurut laman web MSPCA-Angell, kebanyakan kucing tidak suka berjalan di atas kertas aluminium, plastik berat ataupun permukaan yang melekit. Mereka lebih gemar berjalan di atas permukaan yang bersih seperti lantai, jubin, rumput ataupun karpet rumah.

Selain itu, mereka juga boleh terdedah kepada luka ataupun cedera sekiranya permukaan yang dipijak terlampau kasar dan kotor.

 

Bau Yang Kuat

benci

Penyembur minyak wangi mungkin dianggap sebagai satu wangian bagi kita, namun ketahuilah bahawa ianya sangat dibenci si meow dalam diam.

Minyak wangi yang terlampau harum bauannya boleh mendatangkan kesan alergi ataupun selesema pada seekor kucing. Sensitif dengan bauan makanan dan haruman, ianya boleh menyebabkan tidur si meow terganggu.

Namun begitu, terdapat beberapa bauan yang sangat disukai oleh kebanyakan kucing, termasuk catnip, lavender dan anggur perak. Haruman jenis ini boleh digunakan untuk menarik perhatian si meow. Nak panggil makan, tabur je catnip! Berlari si meow nanti.

 


Baca Juga: Kucing Juga Boleh Rasa Sunyi Tanpa Kucing Lain? Ini Sebab Mengapa Si Meow Juga Perlukan Kawan


Pakaian

Tidak dinafikan bahawa kucing memang akan nampak comel jika dipakaikan pakaian baju dan seluar. Namun tahukah anda bahawa mereka sebenarnya kurang selesa jika dalam keadaan sedemikian.

Tiba musim perayaan, mesti ramai yang dah rancang untuk bergambar dengan si bulus masing-masing kan?

Tak salah nak pakaikan si meow baju sekali sekala, cuma sebaiknya tetapkan masa antara 3 hingga 5 minit sahaja untuk si meow. Lebih daripada itu, mereka mungkin akan berasa rimas dan marang dengan anda!

 

Makanan Lama

Kebanyakan kucing kurang gemar untuk makan makanan yang telah lama dihidangkan di mangkuk mereka. Makanan jenis ‘kibbles’ misalnya, akan cenderung untuk lemau dan masuk angin jika dibiarkan terlalu lama.

Sama seperti kita, makanan panas dan segar dari kuali baru la ada selera nak makan kan? Begitu juga dengan si meow.

Paling tidak pun, tambahkan ataupun gantikan makan si meow sedikit denggan yang segar, baru la ada daya tarikan pada si meow.

Memang sukar untuk mentafsir apa yang disukai dan apa yang dibenci si meow. Maklumlah, mereka mana boleh bercakap kan?

Jadi sebagai pemilik kucing, anda perlulah sentiasa prihatin dan peka dengan situasi sekeliling si meow. Lebih-lebih lagi jika anda pernah melakukan antara 4 perkara di atas, memang marah la si meow!

 

[Sumber: rd.com]
Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!