Mai Mai Jilat Ikan Atas Pinggan Lukisan 3D Realistik );

Type to search

Cattiviti Cerita Haimeow

Mai Mai Jilat Ikan Lukisan 3D

Ain Huda
Share

Siapa yang tak geram dengan anak kucing yang sentiasa buat gelagat mencuit hati. Setiap pergerakan mesti terhibur, Mai Mai seekor anak kucing baka British Shorthair berusia lima bulan telah tertipu dengan lukisan hiper-realistik yang dihasilkan oleh tuannya, Mr. Ling yang melukis seekor ikan.

Lukisan 3D di atas pinggan yang kelihatan seperti seekor ikan sebenar, Mai Mai cuba menjilat dan berusaha untuk makan ‘hidangan makan malam’.

Gelagat anak kucing comel itu mendapat perhatian netizen kerana telah tertipu dengan gelagat sedang mengais dan menjilat lukisan ikan tersebut.

Menurut sumber, reaksi ini bukan kali pertama Mai Mai cuba ‘mencuri’ hasil lukisan Mr. Ling, setiap kali selesai melukis ikan si bulus bertubuh kecil itu pasti melompat ke atas meja dan menjilat dengan harapan boleh makan sepuasnya.

Mr. Ling yang berasal dari China aktif melukis hasil karyanya sejak lapan lapan tahun dan memuat naik dalam media sosial. Sehinga kini video di YouTube mencecah 17,570 penonton.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!