Mana Lagi Cergas? Kucing Atau Anjing? );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Mana Lagi Cergas? Kucing Atau Anjing?

Share
cergas

Antara kucing dan anjing mana lagi cergas dan bertenaga? Kedua-dua haiwan peliharaan ini sangat manja dan sentiasa menjadi pilihan orang ramai untuk dijadi teman di rumah.

Tahap kecergasan antara dua haiwan ini dilihat dari pelbagai aspek. Biasanya kucing akan lebih bertenaga dengan perbuatan yang ingin dilakukan sahaja, manakala anjing sentiasa bertenaga walaupun dalam perkara yang di suruh oleh tuannya.

Si bulus ini selalu dianggap suka menyendiri dan tidak tertarik pada manusia dan keadaan sekeliling.

Namun, si bulus menunjukkan tahap kecergasan sosial yang tinggi apabila dibawa keluar dari tempat tinggal seperti rumah atau sangkar.

BACA JUGA: Mengenali Tanda-Tanda Si Comel Anda Sihat & Ceria

Tahap Kecergasan Kucing Dan Anjing

Kucing dapat membezakan nama samaran mereka dengan perkataan yang seakan-akan dengan namanya. Sebenarnya si bulus lebih gemar berinteraksi dengan manusia.

Kajian membuat pemerhatian kepada seekor kucing dan tuannya. Kucing tersebut memberi tindak balas yang baik dan gemar menghabiskan masa dengan tuannya.

Antara kucing dan anjing, pengkaji tidak menemukan perbezaan yang ketara. Kedua-dua haiwan ini mampu mencari makanan yang disembunyikan dengan hanya menggunakan petunjuk dari manusia.

Walaubagaimanapun, kucing tidak memiliki beberapa komponen perilaku untuk mendapatkan perhatian berbanding anjing.

Selain itu, saiz otak juga mempengaruhi kecergasan yang relatif. Anjing memiliki saiz otak yang lebih besar berbanding kucing. Kajian ini dijalankan oleh Hare dari Universitas Arizona Evan MacLean.

Kesimpulan daripada kajian, kucing dan anjing memiliki tahap kecergasan yang sama terutama dalam kecergasan sosial.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!