Bukan Sahaja Sebagai Peneman, Memelihara Kucing Boleh Beri Manfaat Kepada Kesihatan Mental Manusia );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Bukan Sahaja Sebagai Peneman, Memelihara Kucing Boleh Beri Manfaat Kepada Kesihatan Mental Manusia

Share
Kucing

Kucing merupakan salah satu haiwan peliharaan paling popular di dunia dan popularitinya ternyata terus meningkat dari semasa ke semasa.

Terdapat pelbagai sebab ramai orang membuat keputusan untuk memelihara haiwan berkenaan, tetapi mungkin ramai pemilik yang tidak mengetahui manfaat yang ia bawa kepada mereka dari segi kesihatan.


Baca Juga: Berapa Lama Kucing Boleh Ditinggalkan Bersendirian?


Pelbagai kajian telah dilakukan yang mendapati si bulus bukan sahaja mampu menjadi haiwan peliharaan yang comel dan manja, tetapi turut membantu meningkatkan tahap kesihatan manusia.

Sangat sesuai sebagai medium terapi, ia mampu meningkatkan ketenangan seseorang sekaligus menyumbang kepada kesihatan mental yang lebih baik – mungkin bukan ketika ia muntah di atas karpet anda atau menolak cawan jatuh dari meja anda. 😆

Peneman/Rakan baik

Jika anda sentiasa merasa kesepian, memelihara si bulus adalah salah satu alternatif yang dapat mengisi kekosongan hati. Ia merupakan makhluk yang mampu membina hubungan yang baik dan rapat dengan manusia. Kucing juga adalah makhluk yang paling sesuai untuk anda mempelajari cara untuk membina hubungan berdasarkan kepercayaan kerana adalah sukar untuk mendapat kepercayaannya.

 

Tenangkan perasaan

Menghabiskan masa dengan si bulus dapat membantu meningkatkan mood anda. Ketika anda sedang resah, bermain dengannya dapat membantu membuatkan perasaan menjadi lebih baik. Tingkah laku kucing dipercayai dapat membina semangat dan mood yang jauh lebih baik.

Kucing

Terapi autisme

Secara umum, manusia yang berinteraksi secara langsung dengan haiwan peliharaan akan mencipta interaksi sosial. Kucing merupakan salah satu haiwan peliharaan yang paling sesuai sebagai perantara terapi. Satu kajian di University of Missouri telah membuktikan bahawa interaksi antara penghidap autisme dan kucing secara terus dapat menjadi terapi yang berkesan bagi penghidap autisme.

 

Agen nyah-stres

Dengan memelihara kucing, anda dapat berhibur dengan tingkah laku si bulus yang menceriakan. Tahap stres anda akan menurun serta ia dapat membantu risiko sakit jantung. Dengan bertemankan si bulus, anda dapat mengelakkan perkara ini berlaku. g

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!