Si Meow Suka Tidur Bersama Anda? 3 Faktor Mengapa Kucing Suka Sangat Menyibuk Atas Katil );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Si Meow Suka Tidur Bersama Anda? 3 Faktor Mengapa Kucing Suka Sangat Menyibuk Atas Katil

Share
bersama

Perlakuan kucing yang suka menyelit dan tidur bersama kita sememangnya satu situasi yang sangat comel dan menyentuh hati.

Ianya ibarat seekor haiwan pemangsa yang aktif dan liar di siang hari, namun di sebelah malamnya pula bertukar menjadi haiwan paling manja di dunia.

Sebagai pemilik kucing, tak ke cair kita dibuatnya?

Ketahuilah bahawa terdapat 3 faktor utama mengapa si mow berperlakuan sedemikian.

 

Tempat Berlindung & Selamat

bersama

Kucing merupakan sejenis haiwan yang sentiasa bersedia untuk menyerang dan mempertahankan diri dalam apa jua situasi sekalipun.

Meskipun mereka tidur, deria bau dan pendengaran mereka sangatlah kuat serta aktif bagi menangkis sebarang bentuk ancaman yang hadir.

Namun sewaktu mereka sedang tidur, ancaman boleh datang tanpa diduga dan oleh sebab itu kucing suka tidur berhampiran kita kerana mereka ingin mendapatkan perlindungan.

 

Mencari Kehangatan

bersama

Suhu normal bagi seekor kucing adalah pada paras 38.8 darjah Celsius. Maka tidak hairanlah mengapa si meow suka sangat berada di kawasan persekitaran yang hangat.

Selain daripada soal keselamatan, kehangatan suhu daripada badan kita juga amat digemari si meow ketika mereka sedang tidur.

Ibaratnya kita ni macam selimut kucing la kan?

Wilayah “You’re Mine”

bersama

Faktor utama kucing selalu tidur bersama kita adalah kerana mereka suka menandakan wilayah mereka dengan bau yang tersendiri.

Si meow akan meninggalkan kesan bau dan juga bulu pada badan kita sebagai tanda kawasan selamat mereka.

Sekiranya anda ada terpeluk ataupun tercium kucing lain, sila berhati-hati ye… silap-silap balik nanti kena cakar free je dengan kucing peliharaan anda.

 

Adakah Selamat Untuk Tidur Bersama Kucing?

bersama

Persoalan ini mungkin mengundang jawapan dan respon berbeza daripada setiap pemilik kucing kerana masing-masing mempunyai alasan tersendiri.

Sekiranya anda mempunyai alahan terhadap bulu kucing, membiarkan kucing tidur bersama akan mengakibatkan alahan yang sangat teruk.

Selain itu, kekotoran pada si meow yang dibawa dari luar juga akan menjadi punca kuman dan bauan yang boleh mengundang haiwan serangga seperti semut dan lipas di katil anda.

bersama

Namun anda berhak membuat pilihan, tidak dinafikan bahawa tidur bersama kucing sememangnya satu situasi comel yang sangat digemari oleh setiap pemilik kucing.

Dapat dengar bunyi dengkuran mereka pun dah terasa bahagia kan?

 

[Sumber: sonora]

 

Baca Juga: Nak Tahu Kucing Rindukan Kita Ataupun Tidak? 4 Tanda Si Meow Sangat Merindui Anda

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!