Nak Belai Si Meow, Tapi Selalu Kena Gigit? Ketahui Mengapa Ianya Berlaku );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Nak Belai Si Meow, Tapi Selalu Kena Gigit? Ketahui Mengapa Ianya Berlaku

Share

Buat pemilik kucing di luar sana, anda mesti pernah digigit si meow ketika sedang leka mengusap mereka kan?

Si bulus yang tampak selesa pada awalnya secara tiba-tiba meninggalkan kesan gigitan tanpa sebarang sebab yang diketahui.

“Kalau suka kenapa nak kena gigit?” Pasti soalan ini yang sering bermain di fikiran anda sebaik menerima gigitan daripada si bulus kan?

belai

Secara logiknya, anda pasti akan tersentak apabila digigit secara tiba-tiba oleh si meow, dan semestinya akan segera menarik semula tangan bagi mengelakkan si meow dari terus merobek tangan anda.

Tahukah anda bahawa tindakan ini sebenarnya hanya akan mengundang masalah yang lebih teruk?

 

Ancaman

belai

Sebenarnya, si meow bertindak sedemikian adalah kerana ingin memastikan bahawa sentuhan anda bukanlah satu ancaman buat mereka.

Setiap sentuhan dan perkara yang berlaku di sekeliling mereka sering dianggap sebagai satu kecaman dan bahaya yang menghampiri.

Oleh itu, gigitan merupakan salah satu cara mereka ingin memastikan yang ianya bukanlah sesuatu yang berbahaya.

 

Sentuhan Kasar

belai

Kadangkala, sentuhan ataupun belaian yang dilakukan dianggap sedikit kasar buat si meow.

Tanpa kita sedari, kucing akan merasa sakit dan kurang selesa dengan belaian yang diberi meskipun ianya dilakukan oleh pemiliknya sendiri.

Sebagai pencinta kucing, penulis faham anda semestinya berasa geram dan ghairah untuk mengusap si meow dengan penuh kasih sayang namun, perlu diketahui bahawa jika ianya terlampau berlebihan, si meow akan kurang selesa dengan tingkah laku kita.

belai

Jika dilihat, kesan gigitan yang ditinggalkan tidaklah sakit seperti mana yang mereka lakukan sewaktu dalam pergaduhan.

Kesan gigitan ini sebenarnya merupakan salah satu cara mereka ingin menunjukkan kasih sayang pada tuan pemiliknya.

Cuba anda biarkan untuk seketika apabila digigit si meow, anda pasti akan perasan yang gigitan itu tidak la sakit mana pun… gigitan manja je!

Namun jika anda segera menyentap dan menarik tangan, berkemungkinan besar si meow akan segera mencengkam dengan lebih agresif ke arah tangan anda.

belai

Jangan risau, jika si meow sudah terbiasa dengan anda mereka pasti tidak akan mencederakan insan yang disayangi.

Kucing pun tahu sayang tuan dia tau!

 

[Sumber]: themamamiaow

 

Baca: 7 Perkara Manusia Buat Yang Kucing Tidak Suka

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!