Panduan Menjaga Bayi Kucing Yang Kehilangan Ibunya );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Panduan Menjaga Bayi Kucing Yang Kehilangan Ibunya

Avatar
Share

Anda mesti pernah mengalami situasi di mana anda terjumpa anak kucing yang terbiar tanpa perlindungan atau keseorangan tanpa ibunya disisi.

Mungkin si ibu biarkan anaknya itu sendiri atau mungkin si ibu telah mati tanpa kita ketahui.

Jadi mari kita belajar cara untuk menjaga bayi kucing yang masih kecil di mana penjagaan mereka sedikit berbeza dengan kucing dewasa.

1. Makanan atau Susu

Bagi anak kucing, susu amat penting bari ketumbuhan badan mereka. Paling penting ialah pengambilan susu dari ibu mereka. Anda boleh beri mereka susu bayi kucing yang khas dijual untuk mereka di kedai haiwan berdekatan.

Kucing, Susu, Menyusui, Anak Anjing

Anda perlu menggunakan syringe yang kecil dan selamat untuk bagi mereka minum. Bagi dalam keadaan yang perlahan-lahan supaya mereka tidak tercekik dan beri minum setiap sekitar 2 atau 3 jam sehari.

2. Tempat Tidur

Sediakan sebuah kotak atau bekas yang selesa untuk mereka tidur. Pastikan kotak itu besar dan tinggi supaya mereka tidak mudah untuk keluar.

Kucing Bayi, Manis, Kesayangan, Melihat

Lapik dengan surat khabar atau kain lama yang sudah tidak digunakan. Ambil juga botol yang berisi air suam dan balut dengan tuala kerana fitrah mereka sukakan tempat yang agak suam dan panas.

3. Buang Najis

Mereka kemungkinan akan membuang secara rawak dan tidak teratur kerana mereka masih kecil. Jadi apa yang anda boleh buat ialah, ambil tuala tau kain yang tidak digunakan lagi dan basahkan kemudian lap bahagian tempat buang najis mereka.

Kucing, Kucing Bayi, Anak Kucing

Pastikan kain tersebut suam dan tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Jika ibu mereka ada, ibu merekalah yang mengambil tugas melakukan perkara tersebut.

Jagalah mereka dengan ikhlas kerana mereka tidak mengenal dunia dengan sebetulnya dan mereka tiada kasih sayang dari ibu mereka yang sebenar.

Sumber: DianKamal.Blog

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!