Nak Peluk, Tapi Meow Garang? Begini Caranya Untuk Peluk Kucing Tanpa Dicakar );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Nak Peluk, Tapi Meow Garang? Begini Caranya Untuk Peluk Kucing Tanpa Dicakar

Share
peluk

Di saat seseorang telah membuat keputusan untuk membela kucing, ini bermakna mereka sebagai pencinta haiwan gemar untuk menghabiskan masa seperti memeluk si bulus seharian di rumah. 

Tetapi sedar tak sedar, sebenarnya si bulus berasa kurang selesa apabila dipeluk dengan cara yang salah sehingga membolehkan mereka mencakar pemiliknya.

Ketika memeluk meow, sentiasa menghormati apa yang kucing anda mahukan. Dengan sedikit rasa hormat, anda akan dapati proses memeluk mereka berjalan dengan lancar sehingga anda boleh bermain dan bergurau dengannya.

Hormati ruang PURRibadi kucing anda

peluk

Meow yang disalah anggap sebagai tidak mesra sebenarnya hanya mahukan ruang ‘purribadi’. Si bulus cenderung untuk menghargai masa mereka sahaja dan boleh merasa tertekan jika ruang ‘purribadinya’ diserang.

Walaupun meow anda manja dan clingy, mereka masih memerlukan ruang purribadi. Macam mana catparents nak tahu si bulus mereka sudah bersedia untuk dipeluk?

Jangan sesekali memaksa mereka. Kucing tidak boleh dikejar atau dipaksa untuk menahan kehendak mereka. Kerana hal ini boleh menyebabkan kegelisahan, tekanan, dan dalam beberapa kes, membuat kucing anda takut kepada anda.

Hormati isyarat

peluk

Mengetahui kucing pada dasarnya membolehkan anda memahami bahawa mereka berkomunikasi hampir sepenuhnya melalui bahasa badan.

Perhatikan telinga, misai dan ekor mereka. Kucing dengan telinga dan misai menghadap ke depan dan ekornya diangkat tinggi merupakan seekor kucing betina yang ramah dan bersedia untuk katakan ‘hai’ kepada anda.

Kucing yang meringkuk dengan ekor yang tegang, telinga belakang dan misai rata pula diklasifikasikan sebagai si bulus yang tidak mahu disentuh dan mereka mahu bersendirian.

Hormati zon JANGAN SENTUH

peluk

Sumber foto: meowingtons

 

Sama seperti sesetengah manusia dimana kita akan berasa geli di tempat-tempat tertentu tetapi tidak di tempat lain, kucing mungkin mempunyai kawasan sensitif tertentu yang dipanggil sebagai ‘zon jangan sentuh’. Pastikan anda tahu dimana zon yang dilarang untuk disentuh, barulah boleh peluk si bulus anda.

Secara amnya, kucing suka apabila manusia memegang pangkal ekor, hidung dan dagunya. Ini mungkin kerana kucing mempunyai kelenjar bau di kawasan ini dan suka menggunakan aroma pada semua yang mereka suka-termasuk anda.

Membelai lembut pada bahagian atas kepala di antara telinga juga dapat memberi keselesaan bagi anak si bulus kerana ini mengingatkan mereka untuk dijilat oleh ibunya.

Kucing yang lebih tua mungkin mengalami radang sendi, dan kawasan tertentu mungkin menyakitkan ketika dibelai. Jadi jangan terkejut jika kucing tua anda masih mengeluarkan paws walaupun anda membelainya di kawasan yang boleh disentuh.

Pastikan anda sentiasa bersifat lembut kepada mereka. Semoga berjaya untuk mendapatkan pelukan terbaik dari si bulus kesayangan anda!

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!