Perkara Yang Dibenci Oleh Kucing Anda );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Perkara Yang Dibenci Oleh Kucing Anda

Share

Kita sering berbincang mengenai apa yang disukai dan dicintai oleh kucing-kucing kita. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat beberapa perkara yang amat dibenci oleh kucing sendiri.

Perkara ini jika dibiarkan boleh membuat kucing anda benci dan menggangap bahawa anda merupakan manusia yang tidak bertanggungjawab.

1. Kebersihan Kotak Pasir

Sama seperti manusia, kucing amat benci kekotoran pada kotak najis mereka walaupun ia mengandungi najis mereka sendiri. Bau dan najis yang tidak dibersihkan akan membuat mereka tidak selesa untuk membuang najis mereka. Jika tidak dibersihkan selalu, anda jangan terkejut andai kata mereka membuang di tempat yang anda tidak jangkakan.

gray Persian cat

2. Makanan Yang Tidak Berganti

Kucing tidak suka jika anda terllau biarkan makanan mereka tidak ditukar terlalu lama. Ini kerana kotoran dan kuman boleh hidup di makanan yang terdedah dengan agak lama. Bau yang dihasilkan oleh makanan tersebut membuatkan mereka tiada selera untuk makan. 

Kucing, Makanan, Mangkuk, Makan, Lezat

3. Ditinggalkan Bersendirian

Kucing amat membenci kesepian dan dibiar bersendirian dalam jangka masa yang lama. Menjadi fitrah mereka untuk mencuri perhatian kita dan menjadi tumpuan sehingga kita sukar untuk membuat apa-apa. Mereka boleh tertekan dan stres kerana tiada interkasi dan komunikasi yang berlaku antara mereka. Cadangannya jika anda hanya tinggal berdua sahaja dan sering pulang lewat dari kerja, belalah seekor lagi sebagai peneman.

Kucing, Kesayangan, Tidur

4. Ubat-Ubatan

Ya mereka memang membenci ubat-ubatan sama seperti manusia kerana rasa dan baunya yang agak pelik dari apa yang mereka makan dan minum. Sebab itu amat sukar untuk memberi mereka makan ubat apabila mereka sedang jatuh sakit.

5. Bunyi Bising

Kucing amat menyukai suasana yang tenang dan harmoni. Mereka benci bunyi yang agak kuat dan bising kerana mereka menggangap ia sebagai sebuah ancaman kepada mereka. Bunyi yang bising boleh mengubah tingkahlaku mereka kepada lebih aggresif dan berhati-hati terhadap sekitar.

Kucing, Berambut Merah, Bergaris Garis

Sebagai pemilik kucing, kita perlulah lebih memahami mereka dan cuba sedaya upaya membantu mereka dan mengurus mereka dengan lebih baik.

Sumber: Themamamiaow

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!