Pet Expo Malaysia 2022 Kembali Lagi! Pelbagai Tawaran Menarik, Pertunjukkan Kucing & Kempen Adopsi Haiwan );

Type to search

Cattiviti Haimeow Pilihan Editor Pilihan Haimeow

Pet Expo Malaysia 2022 Kembali Lagi! Pelbagai Tawaran Menarik, Pertunjukkan Kucing & Kempen Adopsi Haiwan

Share

Buat julung kalinya Pet Expo Malaysia 2022 kembali menemui peminat haiwan peliharaan di seluruh negara pada 13 sehingga 15 Mei ini selepas pandemik. 

Bertempat di aras 3, Mid Valley Exhibition Center, Kuala Lumpur, anda berpeluang untuk menyaksikan pameran haiwan peliharaan serta tawaran menarik daripada pelbagai produk makanan, aksesori, keperluan, supplement dan banyak lagi.

Terdapat lebih 100 gerai jualan (booth) merangkumi lebih 300 jenama produk terkenal dari dalam dan luar negara yang akan membuat promosi ISTIMEWA sepanjang tiga hari Pet Expo Malaysia berlangsung.

Pet Expo Malaysia dianjurkan oleh Murni Ekspo, dan HaiMeow selaku rakan media yang turut membuka booth jualan di sana.


BACA JUGA: Keluarga ini Bina Rumah ‘Idaman’ Kucing Peliharaan Sebanyak RM4 Ribu – Bertuah Sungguh Si Comel


 

Lebih 500 jenis produk makanan, kesihatan, snek, pakaian dan permainan semuanya boleh didapatkan di sini. Haiwan eksotik dan kecil juga dipamerkan di sini. 

Pendek kata sini memang lubuk la untuk anda rebut peluang promosi jualan bermula Jumaat ini (13 Mei) sehingga Ahad (15 Mei).

Bermula dari 10 pagi sehingga 9 malam, tiket masuk RM5 akan dikenakan buat golongan dewasa dan percuma bagi kanak-kanak di bawah usia 12 tahun serta warga emas 60 tahun ke atas..

pet

Orang kata, sambil berhibur sambil melakukan kebajikan. Peka dengan nasib haiwan, acara Charity Cat Show yang menghimpunkan pencinta haiwan peliharaan di bawah satu bumbung, dengan tagline – Sharing is Caring.

Antara poket aktiviti yang diadakan adalah dekati rakan-rakan berbulu yang comel bersama beberapa komuniti haiwan peliharaan, acara adopsi kucing serta pertunjukkan kucing istimewa yang dibawakan oleh Kelab Kucing Malaysia bersama Pet Expo Malaysia.

Anda pastinya akan terhibur dan tertawa melihat aksi ‘kucing rumah’ bulu pendek dan panjang mempamerkan persembahan serta kelincahan pada hari Sabtu (14 Mei) nanti.

Bagi yang mencari peneman di rumah, boleh dapatkan kucing angkat dengan bayaran minima bagi membiayai kos pemandulan dan sebagainya. Kebanyakan kucing tersebut adalah si comel jalanan yang terbiar lalu diselamatkan. 

Jangan risau, kesemua kucing yang diadopsi di sini sudah dirawat oleh pihak tertentu sebelum dipamerkan. Orang kata, “Please Adopt, Don’t Buy”. 

Ajak keluarga, rakan serumah, komuniti haiwan peliharaan anda untuk datang beramai-ramai ke Pet Expo Malaysia minggu ni ya.

Terima kasih Murni Ekspo, Kelab Kucing Malaysia dan semua yang terlibat menjayakan ekspo haiwan peliharaan kali ini. 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!