4 Petua Halang Kucing Dari Musnahkan Tanaman Anda );

Type to search

Cattiviti Haimeow

4 Petua Halang Kucing Dari Musnahkan Tanaman Anda

Avatar
Share

Kebanyakan pemilik kucing mesti mengalami masalah dimana kucing mereka suka musnahkan atau menganggu tanaman anda.

Nak marah tapi tidak sampai hati kerana selepas itu mereka pasti melakukan aksi yang mencuit hati kita.

Tetapi anda boleh mencuba empat petua ini untuk menghalang kucing anda dari merosakkan tanaman kesayangan anda.

1. Sangkar Atau Rumah Kucing

Mungkin bagi sebahagian pencinta kucing merasakan bahawa tindakan mengurung mereka di dalam sangkar adalah perkara yang kejam.

Hal ini seolah mengambil kebebasan mereka tetapi anda boleh melatih mereka duduk di dalam pada waktu tertentu sahaja.

Janganlah kurung satu sangkar kecil ada dua atau tiga ekor kucing sebaliknya letakkan mereka di dalam sangkar yang sesuai.

Kucing, Kesedihan, Sedih

Lepaskan mereka pada waktu pagi dan kurung mereka pada waktu malam ketika hendak tidur.

Sekurangnya mereka lebih berdisiplin dan faham tentang peraturan di dalam rumah anda.

Kucing, Kesedihan, Sedih

Anda juga boleh membuat rumah kucing sekiranya mempunyai rezeki lebih jadi mereka lebih selesa dan tidak mudah untuk menggangu barangan dan tanaman anda.

2. Ubat Gegat

Bau ubat gegat sangat tidak selesa untuk dibau oleh kucing anda disebabkan baunya yang kuat dan mencucuk hidung.

Anda boleh menghancurkan secara kasar dan letak di kawasan tanaman anda tetapi perlu berhati-hati kerana ubat gegat adalah toksik bagi kucing.

Cukup sekadar bagi amaran bagi mereka supaya tidak menjejakkan kaki ke kawasan tanaman anda.

3. Tanam Pokok Herba

Anda boleh menanam tanaman atau pokok-pokok yang dibenc oleh kucing seperti pokok serai kerana mereka tidak suka bau yang dikeluarkan oleh pokok tersebut.

Cara ini lebih selamat dan berkesan bagi mereka yang takut menggunakan kaedah ubat gegat.

Tetapi jangalah menanam pokok atau bunga yang bahayakan mereka kerana takut ianya bertoksik buat mereka walaupun niat sekadar menghalang mereka.

Cymbopogon, Serai, Rumput, Tanaman

4. Serbuk Teh

Jika anda ada serbuk teh yang banyak dan jarang diguna, sebaiknya jangan dibuang dan gunakan untuk menghalang kucing anda dari musnahkan tanaman anda.

Taburkan serbuk teh tersebut di sekeliling kawasan tanaman anda dan lebih berkesan jika menggunakan serbuk teh rosemary kerana kucing tidak sukakan bau tersebut.

Teh, Teabag, Minum, Panas, Minuman Panas

Diharapkan petua ini dapat membantu para ibu atau mereka yang suka menanam pokok bunga di kawasan rumah dan tidak ingin menyimpan dendam atau perasaan marah terhadap kucing anda.

[Sumber: Dearcats.Blog]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!