Perlukah Pisahkan Kucing Jantan Daripada Anak Kucing Yang Baru Lahir? );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Perlukah Pisahkan Kucing Jantan Daripada Anak Kucing Yang Baru Lahir?

Share
anak kucing

Anak kucing yang baru lahir adalah makhluk yang masih lemah, dan ibu kucing biasanya tahu apa yang perlu dilakukan untuk memastikan mereka berada dalam keadaan sihat dan selesa.

Jika ia tinggal bersama manusia, pemiliknya tidak perlu masuk campur dalam menguruskan anak tersebut dan hanya perlu berada di sekeliling untuk memberikan bantuan sekiranya timbul sebarang masalah.


Baca Juga: Anda Mempunyai Kucing Di Rumah? Jangan Abaikan 7 Perkara Ini Jika Mahu Si Bulus Hidup Sihat


Secara semulajadinya, penjagaan anak kucing dilakukan oleh kucing betina dan bukanlah perkara yang biasa dilakukan oleh kucing jantan.

Dalam dunia kucing, si bapa sememangnya tidak mempunyai peranan besar dalam menjaga anak mereka.

Daripada menyusukan anak yang baru lahir sehinggalah mengajar mereka cara-cara kelangsungan hidup seperti memburu dan mendapatkan makanan sendiri, ibu kucing akan melakukan perkara itu.

Begitu pun, bapa kucing kadang-kadang akan turut serta dalam membesarkan anaknya dengan menghabiskan masa untuk bermain bersama mereka.

Selain itu, kucing jantan juga kadang-kadang membantu untuk membersihkan tubuh anaknya.

Walaupun sesetengah kucing jantan mungkin tidak berbahaya sama sekali di sekeliling anak mereka yang baru lahir, mungkin adalah lebih baik untuk menjauhkan mereka, hanya untuk berjaga-jaga.

Sesetengah kucing jantan cenderung untuk menyerang dan membunuh anak mereka sendiri sebagai cara untuk mendapatkan perhatian si ibu daripada sibuk menguruskan anak.

Selain itu, kucing jantan juga kadang-kala akan membunuh anak kucing yang bukan miliknya, kerana ini adalah salah satu cara untuk mengelakkan persaingan.

Bagaimana pula dengan kucing betina lain? Jika anda mempunyai banyak kucing betina di rumah, tidak mengapa untuk membernarkan mereka mendekati bersama anak kucing lain, cuma bukanlah dalam tempoh selepas kelahiran, mungkin selepas beberapa minggu.

Ini kerana, naluri keibuan pada kucing betina kadang-kadang membuatkannya turut serta dalam menjaga dan melindungi anak kucing.

Tetapi pastikan ibu kucing yang baru melahirkan anak dipisahkan daripada kucing-kucing lain kerana mereka akan berasa stres jika terdapat gangguan. g

Baca Juga: Kucing Sebenarnya Dengar & Tahu Kita Panggil Mereka, Tapi Kenapa Mereka Tidak Menyahut?


Ada cerita yang menarik untuk kongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!