Kucing Jalanan Datang Rumah? Ini 4 Sebab Ia Mahu Menumpang, Bukan Sebab Makanan Sahaja );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Kucing Jalanan Datang Rumah? Ini 4 Sebab Ia Mahu Menumpang, Bukan Sebab Makanan Sahaja

Share
Kucing Jalanan

Ramai yang berfikir kucing jalanan hanya mahukan makanan apabila ia bertandang ke rumah.

Tetapi apabila diberi makanan, ia enggan menjamah walau sedikitpun dan tetap kekal duduk di kawasan rumah.


Baca Juga: 8 Tanda Kucing Anda Dijangkiti Cacing


Sebenarnya, kucing jalanan tidak semestinya hanya mahukan makanan ketika ia datang ke rumah anda dan kemungkinan ia sudah kenyang sebelum itu.

Berikut adalah sebab-sebab mengapa kucing jalanan datang ke rumah anda:

 

1. Mencari perlindungan

Kucing jalanan mungkin ke rumah anda untuk mencari perlindungan. Ia memilih rumah anda kerana menganggap anda boleh dipercayai dan tidak akan mengapa-apakannya. Mungkin ia terserempak dengan pemangsa atau musuhnya sebelum itu jadi ia memerlukan perlindungan sementara.

 

2. Menginginkan makan dan minum

Ini merupakan antara sebab utama ia datang ke rumah anda, terutamanya jika ia terdesak dan sangat lapar. Jika terdapat makanan yang boleh diberikan, kongsi sedikit rezeki anda dengannya dan jangan sakitinya.

 

3. Ingin dirawat atau dipelihara

Jika kucing jalanan yang sama selalu datang ke rumah anda, ia merupakan tanda ia mempercayai anda dan selesa menumpang di rumah anda. Ia sudah merasa ada ikatan dengan pemilik rumah, jadi ia merupakan satu penghormatan untuk anda. Jika tidak keberatan, mungkin anda boleh peliharanya terus.

 

4. Membawa rezeki

Kedatangan kucing merupakan tanda untuk anda berkongsi rezeki kepada semua makhluk. Apa yang anda beri kepadanya hari ini mungkin akan berlipat kali ganda di kemudian hari.

Sumber: Kompas
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!