Menarik! Begini Rupanya Penglihatan Kucing Yang Kita Tidak Tahu );

Type to search

Cattiviti Haimeow Pilihan Haimeow

Menarik! Begini Rupanya Penglihatan Kucing Yang Kita Tidak Tahu

Share
kita

Penglihatan kucing mungkin sedikit berbeza jika dibandingkan dengan apa yang kita lihat.

Walaubagaimanapun, mereka masih lagi mampu melihat dengan jelas dan boleh mengenal pasti objek yang berada di hadapan mereka.

Namun pernahkah anda terfikir bagaimanakah penglihatan kucing yang sebenar? apakah perbezaannya dengan kita?

Berikut merupakan paparan visual penglihatan yang dimiliki haiwan kucing. Terbahagi kepada dua gambar, bahagian atas merupakan penglihatan manusia manakala di bahagian bawahnya pula adalah kepunyaan kucing.

Penglihatan Visual

kita

Ini merujuk kepada penglihatan yang disasarkan pada satu titik fokus. Ia merangkumi objek yang boleh dilihat dari hadapan, atas, bawah dan juga bahagian sisi.

Kucing mempunyai medan penglihatan yang lebih lebar jika dibandingkan dengan manusia iaitu sebanyak 200 darjah berbanding 180 darjah yang dimiliki kita.

 

Perbezaan Warna

Tanggapan masyarakat ramai yang berpendapat bahawa kucing tidak dapat membezakan warna kerana penglihatan mereka hanya terhad pada warna kelabu sahaja.

Manusia dikenali sebagai trichromat, bermakna mereka mempunyai tiga jenis kon yang membolehkan mereka melihat merah, hijau dan biru. Namun kucing juga memiliki jenis kon yang sama akan tetapi ianya sedikit berbeza dengan manusia.

kita

Penglihatan kucing sama dengan manusia yang buta warna. Mereka boleh melihat warna biru dan hijau, tetapi tidak bagi warna merah dan merah jambu.

Warna merah akan kelihatan sedikit kehijauan manakala ungu pula dilihat sebagai warna biru.

 


Baca Juga: Berhenti Tarik Ekor Kucing! 5 Sebab Kenapa Ia Boleh Membahayakan Si Meow


Tahap Kejelasan

kita

Si meow memiliki masalah rabun jauh, di mana mereka tidak dapat mampu untuk melihat objek yang jauh dengan jelas.

Namun begitu, keupayaan mereka untuk melihat objek dari jarak dekat sangatlah sesuai untuk aktiviti memburu dan menangkap mangsa.

Hati-hati ‘Cik T’ jangan berani melintas di hadapan meow kalau tak mahu dibaham!

Penglihatan Malam

Kucing tidak boleh melihat butiran halus ataupun warna dengan jelas, tetapi mereka mempunyai kebolehan yang lebih baik untuk melihat dalam suasanan gelap.

Bilangan batang yang tinggi dalam retina mereka menyebabkan penglihatan si meow begitu sensitif dan jelas ketika cahaya malap.

Kucing dapat melihat menggunakan kira-kira satu per enam jumlah cahaya ymelebihi daripada penglihatan manusia.

Kucing juga mempunyai struktur di belakang retina dipanggil tapetum, di mana ianya dapat meningkatkan penglihatan ketika dalam suasana malam.

Mungkin penglihatan si meow tidaklah sejelas seperti yang disangka, namun ianya cukup untuk mereka mengenal serta mengesan rupa wajah pemilik mereka.

Agak-agaknya, macam mana la rupa kita pada penglihatan si meow, kulit kita warna hijau agaknya tak?

 

[Sumber: insider]

 

Baca Juga: Pernah Lihat Kucing Bersembang? 5 Cara Si Meow Gunakan Untuk Bersembang Dengan Yang Lain

 

 

 

Tags:

You Might also Like

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!