Jadualkan Rutin Harian Anak Kucing Supaya Lebih Berdisiplin

Type to search

Cattiviti Haimeow

Jadualkan Rutin Harian Anak Kucing Supaya Lebih Berdisiplin

Share

Sebenarnya ada cara disiplinkan si bulus. Lagi-lagi kalau anda jaga dari kecil. Bak kata pepetah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Jadualkan waktu harian si bulus dengan beberapa perkara asas untuk memudahkan anda. Si bulus juga akan patuh dengan aktiviti harian apabila sudah biasa dengan jadual yang ditetapkan. 

Waktu Makan

Jadualkan waktu makan anak kucing. Anak kucing tidak perlu makanan yang banyak tetapi anda perlu bagi makan dengan kerap. Sediakan makanan seimbang dan berkhasiat. Bagi makan pada waktu yang sama supaya anak kucing tahu menyesuaikan diri. Jangan lupa pula, nanti anak kucing kecewa.

Waktu Bermain

Anak kucing suka bermain. Mereka akan mencari ‘mangsa’ untuk memburu. Anda perlu luangkan masa setiap hari sekurang-kurangnya 10 hingga 15 minit terutama anak kucing yang tinggal dalam rumah dan sendirian. Gunakan alat mainan khas untuk menambah skill memburu, terkam, kejar dan menghendap mangsa.

Tempat Tidur

Walaupun si bulus boleh tidur di mana-mana tapi mereka lebih gemarkan selimut berbulu. Sediakan tempat tidur yang selesa, tidak terlalu panas dan selamat. Bila anak kucing selesa dengan tempat tidur, jangan ubah keadaan dan jangan ganggu tempatnya.

Tempat Buang Air

Pada permulaan, ajar anak kucing membuang najis di tempat yang disediakan. Pastikan anda letak bekas buang air jauh dari bekas makanan dan minumannya. Tunjuk dan ajar anak kucing di mana bekas tempat buang air supaya anak kucing tahu lokasi dan tidak membuang najis di merata tempat.

Perhatian

Anak kucing sangat manja dan perlukan perhatian. Jadikan rutin anda untuk memeluk, mengusap dan membelai anak kucing setiap hari, sebelum pergi dan pulang dari kerja.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!