6 Sebab Kenapa Kucing Berdiri Di Atas Kaki Belakang );

Type to search

Cattiviti Haimeow

6 Sebab kenapa Kucing Berdiri Di Atas Kaki Belakang

Share
berdiri

Memang kedengaran agak lucu apabila kucing berdiri hanya menggunakan kaki belakangnya. Malah, si comel turut mengecilkan tubuh mereka jika berdepan dengan ancaman.

Sama ada korang ‘pancing’ si bulus untuk berdiri atau berjalan seperti manusia dengan ‘treats’, Hai Meow telah kenal pasti apa sebab-sebab kucing korang suka berdiri macam itu.

1. Elak dari pemangsa

Memang kelakar pun kadang-kala bila tengok si bulus korang berdiri macam manusia. Tetapi sebab sebenar kucing berdiri adalah untuk elakkan diri mereka dari ancaman pemangsa dan cuba buat diri mereka lebih besar.

Dalam kes-kes yang teruk dan mencuit hati, korang mungkin berpeluang melihat si bulus berdiri dalam keadaan tegak.

Difahamkan, taktik berdiri tersebut adalah muslihat untuk fizikal kelihatan lebih besar serta dan takutkan pemangsa.

2. Hendak korang gosok badan dia

Umumnya, semua pemilik kucing mengenali haiwan berkaki empat ini merupakan binatang yang agak pemalas.

Oleh itu, gaya berdiri ini sering terjadi bila kucing mengharapkan belaian atau perhatian dari korang untuk gosok badan dia.

BACA JUGA: Walaupun Lahir Tanpa Dua Kaki Hadapan, Kucing Ini Pandai Berdikari & Hidup Gembira Seperti Kucing Lain

3. Nak cat treats dari korang

Satu lagi cara untuk melihat si bulus berdiri dengan comel adalah dengan ‘pancing’ dia dengan treats atau snack kucing.

Kucing korang yang tengah tidur atau jenis pendiam boleh dipaksa untuk angkatkan tubuh mereka dengan kaki belakang apabila mendengar bunyi pek snacks mereka.

4. Memang jenis suka berdiri

Baka Munchkin

Kucing jenis baka Munchkin ini dilahirkan dengan kaki pendek dan gemuk disebabkan beberapa jenis mutasi sains genetik.

Akibatnya, kucing ‘bantut’ ini mudah dilihat berdiri di atas kaki belakang mereka. Ini semua berkait dengan pusat graviti yang rendah.

5. Suka tiru berdiri macam Meerkats

Ada kemungkinan juga si bulus korang memang jenis tiru gaya Meerkat berdiri apabila ternampak dari TV atau smartphone korang jika ditunjukkan.

Walaupun secara teknikal Meerkat ini sebahagian dari keluarga Mongoose.

Oleh itu, mari kita sebagai tuan mereka ini tandakan persamaan si bulus ini sebagai ‘kebolehan’ baru buat anak kucing~

6. Keperluan khusus

Bagi sesetengah keperluan kucing, belajar untuk berdiri dengan dua kaki belakang adalah satu proses pembelajaran yang perlu dipraktikkan dengan keperluan tertentu.

Terdapat beberapa kucing popular dengan gelaran ‘kangaroo cat’ serta ada akaun media sosial sendiri seperti Lil Bunny Soux Roux yang dilahirkan tanpa kaki depan yang agak popular di Instagram.

Kucing ini telah menjadi sensasi setelah gambar-gambarnya melompat macam kanggaru Tyrannosaurus Rex begitu mengagumkan.


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!