Pernah Lihat Kucing Bersembang? 5 Cara Si Meow Gunakan Untuk Berkomunikasi Dengan Yang Lain );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Pernah Lihat Kucing Bersembang? 5 Cara Si Meow Gunakan Untuk Berkomunikasi Dengan Yang Lain

Share
komunikasi

Bila sebut pasal kucing, perkara pertama yang akan terlintas di fikiran ramai pastinya bunyi ‘meow’ kan?

Manakan tidak, perkataan itu cukup sinonim dengan haiwan manja itu kerana ia merupakan bunyi yang dihasilkan ketika berinteraksi bersama manusia.

Kucing kebiasaannya akan mengiau pada seseorang bagi menyampaikan hasrat ataupun apa yang tersirat di dalam hati mereka namun, adakah mereka juga mengiau sesama kucing?

Jawapannya tidak. Berikut merupakan 5 cara yang digunakan kucing untuk berkomunikasi sesama mereka:

Pergerakan Fizikal

komunikasi

Kucing berkomunikasi melalui pergerakan fizikal iaitu pada mata, ekor, telinga, serta seluruh badan mereka.

Sekiranya mereka dalam keadaaan selesa dan yakin, si meow akan mengangkat ekornya, telinga lurus ke hadapan dan badan mereka dalam ketinggian serta posisi yang sempurna.

Apabila si meow menghampiri kucing yang lain, akan berlaku perubahan ketara daripada segi isyarat seperti ekor yang menegak tetapi dan menghala ke hadapan.

Pandangan Mata

komunikasi

Selain pergerakan badan, kucing juga berkomunikasi melalui mata.

Apabila kucing menerima kehadiran kucing lain, kebiasaannya mereka akan memandang kucing tersebut dan berkelip dengan perlahan.

Walau bagaimanapun, jika kucing mengalihkan pandangan dan menjilat bibir mereka, berkemungkinan besar si meow berasa terancam dengan kehadiran kucing asing.

Apabila ancaman kelihatan semakin hampir, kucing akan menunjukkan perubahan sikap yang lebih agresif, seperti mendesis tanpa henti.

 

Suara

komunikasi

Secara logiknya, kucing sememangnya akan menggunakan suara untuk berkomunikasi namun kajian mendapati bahawa ianya jarang terjadi sesama kucing.

Kucing hanya akan mengiau pada manusia. Jika sesama kucing, mereka akan mengeluarkan bunyi mendesis ataupun mendengkur.

Bunyi desis akan dihasilkan ketika dalam situasi terancam manakala berdengkur pula apabila mereka merasa selesa.

 

Sentuhan Fizikal

komunikasi

Seperti haiwan lain, kucing juga merupakan sejenis makhluk yang gemar bersosial.

Sekiranya si meow bertemu dengan rakan ataupun kenalan rapat, mereka akan bersentuhan hidung atau menggesel kepala pada satu sama lain.

 

Kencing & Hormon Bau

Menandakan wilayah merupakan hobi si meow terutamanya kucing jantan.

Sekiranya mereka melihat jantan lain di berada sekitar wilayahnya, kawasan tersebut akan ditandakan dengan pancutan kencing di sudut tertentu.

Ini merupakan cara mereka menghalau kucing laindengan mengatakan bahawa itu adalah wilayah mereka.

Namun, sekiranya mereka menerima kehadiran kucing yang lain dan menganggap sebagai kawan, si meow akan menggeselkan kepalanya serta memindahkan bau hormon tertentu ke badan kucing lain.

Jangan ingat kucing tak bersembang sesama mereka ye, cuma cara yang digunakan agak sedikit berlainan dengan kita.

Kalau kucing mengiau sesama mereka rasanya masa bergaduh jelah kan?

 

[Sumber: kompas]

 

Baca Juga: Kucing Suka Menyendiri? Ketahui 5 Tanda Si Meow Sebenarnya Tengah Marah Dekat Korang

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!