Sudah menjadi lumrah seekor kucing akan mempertahankan dirinya sebaik menerima ancaman bahaya daripada luar.
Namun bagaimana pula sekiranya kita sebagai pemilik yang ingin membelai si bulus tetapi digigit oleh mereka? Adakah ianya juga dianggap sebagai satu bentuk ancaman?
Jangan salah anggap ye pencinta kucing sekalian, tidak semestinya anda dibenci oleh si bulus. berikut merupakan 3 fakta mengapa ianya terjadi.
Dominasi Si Meow
Kucing yang bertindak sedemikian kebiasaannya ingin mengelak daripada berada di bawah kawalan anda.
Si meow akan cuba bertindak sedikit agresif dengan menggigit jari jemari anda sebagai tanda mereka berjaya mengawal keadaan dan situasi tertentu lebih-lebih lagi sewaktu mereka sedang berehat ataupun tidur.
Maklumlah, kadang kala kita mungkin tidak sedar yang perlakuan kita telah mengganggu masa senggang si meow, betul tak?
Satu Ancaman
Walaupun sudah bergelar kucing peliharaan, tidak bermakna anda bukan lagi satu ancaman buat mereka.
Kucing sentiasa aktif dan peka dengan situasi sekeliling mereka maka dengan itu, bagi memastikan sentuhan anda bukanlah ancaman, satu terjahan serta gigitan perlu ditinggalkan pada tangan anda sebagai pengesahan bahawa ianya tidak merbahaya.
Belaian Kasar
Keinginan yang terlampau tinggi untuk membelai si bulus kadangkala boleh terjerumus ke arah kekasaran tanpa disedari.
Sentuhan yang kasar boleh dianggap satu bentuk rangsangan yang negative buat si meow dan ianya amat kurang digemari oleh sesetengah kucing.
Maka jangan pelik jika gigi tajam si meow tiba-tiba mencengkam jari jemari anda ye!
Walaubagaimanapun, jika diperhatikan dengan teliti gigitan si meow tidaklah seganas seperti terjahan mereka semasa dalam pergaduhan.
Ianya lebih kepada ‘gigitan manja’ yang diberikan bertujuan untuk mengelakkan dirinya daripada diganggu.
Tapi kalau tiba-tiba luka berdarah tu dikira kes berat tau, cepat-cepat lari dari si meow!
[Sumber]: kompas
Baca: Kucing Mengiau Tanpa Henti? Apa Yang Cuba Disampaikan Sebenarnya