Si Meow Mengalami Kemurungan? 5 Tanda Kucing Anda Sebenarnya Sedang Bersedih );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Si Meow Mengalami Kemurungan? 5 Tanda Kucing Anda Sebenarnya Sedang Bersedih

Share

Bahasa tubuh dan tingkah laku si meow merupakan salah satu cara untuk kita ketahui sama ada mereka sedang gembira ataupun sebaliknya.

Semestinya perasaan suka dan gembira si meow merupakan sesuatu yang amat mudah untuk dikesan kerana ianya akan jelas kelihatan saat mereka bermain, mengiau dan sebagainya.

Namun bagaimana pula sekiranya mereka sedang bersedih? Adakah ianya boleh diketahui melalui cara yang sama?

Ramai yang terlepas pandang akan masalah kemurungan dan kesedihan yang dialami si meow. Berikut merupakan 5 tanda kucing anda sedang bersedih:

 

Perubahan Suara

bersedih

Perkara utama yang boleh dilihat adalah apabila kucing anda mengalami perubahan suara. Suara si meow akan bertukar menjadi lebih nyaring dan halus.

Kucing yang sedih akan mengiau kurang daripada biasa namun sekiranya si meow anda sejenis yang pendiam, jangan terkejut kerana mereka boleh meninggikan suara secara tiba-tiba.

Selain itu, kebiasaannya kucing yang mendengkur menandakan mereka selesa namun ia juga boleh menandakan bahawa mereka sebenarnya tidak gembira. Sebaliknya, dengkuran yang dihasilkan hanyalah sebagai penenang diri.

Terlebih Tidur

bersedih

Umum mengetahui bahawa kucing sememangnya mempunyai hobi mereka tersendiri iaitu tidur. Kebanyakan kucing akan menghabiskan 12 hingga 16 jam sehari untuk tidur.

Namun begitu, kucing yang sedih juga akan menghabiskan lebih banyak masa untuk tidur berbanding biasa.

Si meow seolah-olah tidak mempunyai tenaga dan kudrat untuk bergerak dan lokasi tempat tidur mereka juga akan sentiasa berubah-ubah mengikut keselesaan.

Kalau kucing anda asyik ‘membuta’ dari siang ke malam tu maknanya tengah bersedih la tu ye!

 

‘Memancut’ & Mengubah Tabiat Membuang

bersedih

Kucing yang sedih akan menggunakan baunya sendiri untuk mengembalikan perasaan stabil dan selesa mereka. Malangnya, kaedah yang digunakan sangat dibenci oleh kita semua iaitu dengan ‘memancut’ ataupun membuang air merata.

Mereka akan mencari tempat lain yang berlainan dari yang sepatutnya seperti di bilik ataupun di ruang tamu rumah anda.

 

Menggaru Berlebihan

bersedih

Untuk menangani tekanan ataupun kesedihan, kucing akan menggaru untuk menghilangkan masalah yang dihadapi.

Ianya juga bertujuan bagi menghalang makhluk lain daripada mengganggu wilayah dan privasi mereka.

Sama la seperti kita kan, kalau bersedih mesti tak mahu diganggu!

 

Perubahan Sikap Drastik

Ketika kita sedang bersedih, biasanya kita akan lebih mudah untuk marah kan? Begitu juga dengan kucing, si meow akan cenderung untuk menjadi lebih aktif dan berkelakuan agresif.

Selain itu, mereka akan hilang minat terhadap aktiviti yang biasanya disukai, kerap bersembunyi serta takut pada orang ataupun makhluk yang tidak dikenali.

bersedih

Sekiranya tanda-tanda di atas terjadi pada kucing anda, maka tidak syak lagi si bulus sememangnya sedang dalam kesedihan.

Balik kerja nanti cepat-cepat peluk gomol kucing masing-masing tau, pujuk la dorang!

 

[Sumber: petpintar]

 

Baca Juga: Si Meow Seing Digigit Saat Dibelai? 3 Fakta Mengapa Ianya Terjadi

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!