3 Tempat Tidur Paling Selesa Bagi Si Bulus, Pelik );

Type to search

Cattiviti Haimeow

3 Tempat Tidur Paling Selesa Bagi Si Bulus

Share

Hidup kucing adalah untuk tidur. Mereka akan habiskan masa dengan tidur sekurang-kurangnya 16 hingga 20 jam sehari. Tidur adalah aktiviti harian kucing yang tidak akan berubah, sebab itu korang selalu nampak si bulus asyik tidur je.

Tempat tidur, tempat makan dan tempat buang air korang dah sediakan dengan selesa. Tetapi si bulus selalu hilang tanpa dikesan. Walaupun mereka sudah ada ‘katil’ sendiri untuk tidur, tapi mereka lebih suka tidur merata tempat. Antara tempat favorite si bulus adalah:

Bantal

Pernah berebut bantal dengan si bulus? Lagi-lagi bantal ‘busuk’ korang. Kucing suka dengan bantal kerana lembut, empuk dan selesa. Walaupun korang dah sediakan tempat tidur khas untuk si bulus, mereka tetap cari bantal kegemaran korang untuk tidur.

Bawah Katil

Kalau kucing korang hilang tiba-tiba, maknanya dia tidur bawah katil. Ye, kucing suka tidur bawah katil sebab sejuk, tiada gangguan dan samar-samar, tak terlalu gelap dan tak terlalu terang.

Dalam Kotak

Kucing memang suka kotak. Sekecil mana kotak tu, sebesar mana badan si bulus tu mesti akan usaha untuk muatkan diri dalam kotak tersebut. Bagi kucing, kotak antara tempat yang selesa. Jadi, si bulus akan tidur lebih lena dalam kotak.

 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!