Anak Kucing Sedang Belajar Memburu, Aktiviti Meningkatkan ‘Skill’ Menerkam
Share

Anak kucing lebih gemar bermain dan bergurau. Bukan sahaja aktif, mereka juga sedang belajar cara untuk memburu. Boleh dikatakan setiap masa anak kucing akan mencari sesuatu untuk diburu kerana mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang sangat tinggi. Sebab itu kadang-kadang sedang anda berjalan, anak kucing cuba menangkap kaki anda.
Semasa anak kucing belajar memburu inilah anda perlu layan dan bermain bersama terutama anak kucing yang sentiasa berada dalam rumah. Jangan sekat kemahuan mereka untuk belajar. Ia akan mengekalkan kecergasan, kesihatan dan anak bulus anda akan semakin ceria!