Anjing Ini Pinjamkan Rumahnya Kepada Kucing Jalanan Bunting Dan Jaganya Sehingga Beranak

Type to search

Haimeow Cerita

Anjing Ini Pinjamkan Rumahnya Kepada Kucing Jalanan Bunting Dan Jaganya Sehingga Beranak

Share
Pitbull tolong kucing jalanan

Anjing baka pitbull seringkali dianggap sebagai baka anjing yang ganas dan bengis sehingga ada yang bersikap prejudis terhadap anjing pitbull.

Namun anjing pitbull yang berasal dari Mexico ini membuktikan bahawa tanggapan itu adalah salah dengan kisah yang sungguh mengharukan ini.

Hades tinggal bersama tuannya, Juan José Flores di bandar Tijuana, Mexico. Pada satu hari, seekor kucing jalanan yang sedang bunting datang dan berkeliaran di kawasan rumahnya.

Melihat keadaan kucing itu, Hades tahu bahawa kucing jalanan itu sedang mencari tempat perlindungan untuk melahirkan anak-anaknya dan terus terdetik dalam hatinya untuk membantu kucing itu.

Hades dengan baik hatinya meminjamkan kucing itu rumah kayu kecilnya yang terletak di kebun supaya ia dapat melahirkan anak dengan selesa dan selamat.

Pada suatu hari, Flores mendengar satu ketukan di pintu belakang, di mana tempat Hades gemar berehat. Flores menyangka ada seseorang yang mengetuk, tetapi ternyata Hades yang mengetuk dan seakan-akan ingin memberitahu sesuatu.

“Dia seperti terdesak dan menyalak dengan kuat,” kata Flores kepada The Dodo.

Flores terus mengikut anjingnya itu ke rumahnya dan terkejut melihat terdapat seekor kucing jalanan sedang tinggal di dalam rumah anjingnya itu.

[Foto: Juan José Flores]
[Foto: Juan José Flores]

Bukan sahaja meminjamkan rumahnya, Hades turut berada bersama kucing itu untuk menemaninya ketika ia melahirkan anak.

“Ia turut membawa selimut untuk kucing itu dan setia menunggu di luar. Saya rasa ia menganggap dirinya sebagai ayah kepada anak-anak kucing itu,” kata Flores.

Flores menamakan ibu kucing itu Nicol dan memindahkan ibu kucing itu dan anak-anaknya ke dalam rumahnya di mana dia dan Hades dapat mengawasi mereka bersama-sama.

Menurut Flores, Hades menunjukkan kasih sayangnya terhadap kcuing-kucing itu dan mereka menghabiskan banyak masa bersama.

[Foto: Juan José Flores]

Kisahnya itu mendapat perhatian netizen yang memuji tindakan anjingnya itu yang baik hati menyelamatkan dan menjaga kucing jalanan berkenaan sehingga ia melahirkan anak-anaknya.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!