Apa Yang Anak Kucing Belajar Daripada Ibunya? - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Kesihatan

Apa Yang Anak Kucing Belajar Daripada Ibunya?

Share

Anak kucing akan mempelajari mengenai kehidupan daripada ibunya sejak ia kecil. Terdapat banyak perilaku dan pengalaman yang perlu mereka pelajari, dan adalah lebih baik jika mereka dapat belajar daripada ibu mereka sendiri.

Perkara ini adalah penting bagi anak kucing terutamanya kucing outdoor kerana mereka bergantung kepada ilmu yang diturunkan untuk survival hidup. 

BELAJAR MEMBURU

Kucing adalah haiwan pemangsa, jadi memburu adalah sifat kucing secara semulajadi. Untuk mengetahui asas-asas berburu, anak kucing harus melihat gerak-geri ibu mereka.

Anak kucing akan diajar berburu secara beransur-ansur. Pertama, si ibu akan membawa pulang mangsa buruan yang telah mati seperti tikus dan akan menunjukkan hasil buruan kepada anak-anaknya.

Seterusnya, si ibu akan membawa pulang mangsa buruan yang masih hidup tetapi cedera supaya anak-anaknya boleh belajar menangkap mangsa.

BELAJAR MENGGUNAKAN TANDAS

Secara semulajadi, kucing menimbus najis mereka untuk mengelakkan daripada dijejaki oleh pemangsa atau musuh mereka. Perkara ini adalah penting untuk anak kucing pelajari untuk survival mereka, terutama bagi kucing outdoor.

KOMUNIKASI

Cara berkomunikasi adalah antara perkara penting yang anak kucing harus pelajari dari ibunya. Terdapat dua cara untuk anak kucing belajar berkomunikasi daipada ibunya.

Pertama adalah komunikasi secara langsung antara si ibu dan anak-anaknya, di mana ini adalah komunikasi yang asas.

Komunikasi kedua adalah komunikasi antara si ibu dengan kucing dan haiwan lain, serta manusia. Anak kucing akan belajar teknik berkomunikasi dengan kucing, haiwan dan manusia melalui pemerhatian.

MEMBERSIHKAN DIRI

Kucing adalah haiwan yang pandai membersihkan dirinya sendiri. Tetapi, anak-anak kucing harus belajar teknik membersihkan diri daripada ibunya untuk tahu bagaimana cara membersihkan diri yang betul.

Ketika masih kecil, ibu kucing akan membersihkan anak-anaknya supaya anak-anaknya mengenali proses membersihkan diri. Dari situ, anak-anak kucing akan terbiasa dengan proses membersihkan diri dan perlahan-lahan belajar daripada perbuatan ibunya.

Mereka secara perlahan-lahan akan faham kepentingan membersihkan diri dan mula membersihkan diri sendiri.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!