Apa Yang Kucing Nampak Di Sebalik Matanya? - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Kesihatan

Apa Yang Kucing Nampak Di Sebalik Matanya?

Share

Selalu kita dengar bahawa kucing mempunyai penglihatan yang hebat dan sangat tajam.

Tetapi, benarkah penglihatan kucing lebih hebat berbanding manusia? Bagaimana sebenarnya kucing melihat dunia jika dibandingkan dengan manusia?

Menurut pakar fisiologi, Sam Virtue, kucing sememangnya mempunyai penglihatan lebih baik daripada manusia tetapi hanya dalam beberapa perkara.

Penglihatan kucing dikhususkan untuk mengoptimakan kebolehannya memburu dan melihat dalam gelap, kerana waktu gelap adalah waktu yang digemarinya untuk keluar memburu.

Kucing sebenarnya mempunyai palet warna yang terhad berbanding manusia.
Jadi ia tidak dapat melihat variasi warna sebanyak mana yang dapat dilihat oleh mata manusia.

Mata kucing boleh diandaikan seperti mata manusia yang rabun warna, mereka boleh melihat spektrum warna biru dan hijau tetapi mereka tidak dapat melihat warna merah dan pink dengan baik.

Walaupun begitu, penglihatan kucing sememangnya lebih baik ketika malam.
Kucing mempunyai membran istimewa yang dipanggil tapetum lucidum, iaitu membran reflektif yang memantulkan cahaya.

Jadi ia membantu kebolehan kucing untuk melihat dalam gelap atau malam.

Kucing juga mempunyai jarak ketajaman penglihatan yang kurang daripada manusia.

Jarak ketajaman penglihatan kucing adalah 20/100 atau 20/200 yang bermaksud jika manusia dapat melihat dengan jelas sesuatu objek yang berada pada jarak 200 kaki, kucing harus berada pada jarak 20 kaki untuk melihat objek sama dengan jelas.

Artis Nickolay Lamm menggambarkan penglihatan kucing berbanding manusia melalui gambar di bawah

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!