Apabila Kucing Tunjuk Kebolehan Bersukan - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita Pilihan Haimeow

Apabila Kucing Tunjuk Kebolehan Bersukan

Share

Baru-baru ini, peminat American Football kecoh apabila seekor kucing hitam membuat ‘cameo’ di pentas sukan tersebut ketika perlawanan antara Dallas Cowboys dan New York Giants di MetLife Stadium.

Kepantasan dan kelincahan kucing itu membuatkan seluruh stadium terpegun sehinggakan pengulas, Kevin Harlan tidak dapat menahan dirinya daripada mengulas tentang aksi kucing itu.

Foto oleh Emilee Chinn

“Policemen and state troopers have come onto the field, and the cat runs into the end zone! That is a touchdown!,” jerit Harlan teruja dengan persembahan kucing tersebut.

Pihak MetLife Stadium memberitahu bahawa kucing hitam tersebut adalah kucing liar yang sentiasa berkeliaran di kawasan stadium itu. Pihak

Tetapi, ini bukan kali pertama kucing membuat ‘penampilan khas’ di pertandingan sukan dunia. Awal tahun ini, perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Everton dan Wolves terpaksa diberhentikan beberapa minit untuk memberi laluan kepada seekor kucing hitam menunjukkan skillnya.

Awal tahun ini juga, seekor kucing putih menunjukkan kebolehannya melakukan home run di perlawanan besbol Samsung/Lotte di Sajik Baseball Stadium, Seoul.

Julai lalu, seekor kucing menunjukkan kepantasan dan kelincahannya menggelecek dalam satu perlawanan bola sepak Major League Soccer antara Real Salt Lake and Tigres UANL.

Tags:
Scroll Up
error: Content is protected !!