Jurutera Amazon Cipta Aplikasi Yang Boleh Terjemah Bahasa Kucing - Verst );

Type to search

Haimeow Cattiviti

Jurutera Amazon Cipta Aplikasi Yang Boleh Terjemah Bahasa Kucing

Avatar
Share

Pasti seronok jika kita boleh berbicara dengan kucing atau memahami apa yang kucing kita cakapkan kan?

Ternyata kini anda boleh memahami apa yang kucing anda katakan kerana terdapat sebuah aplikasi yang mendakwa bahawa ia boleh menterjemah bahasa kucing.

Seorang bekas jurutera Amazon yang pernah terlibat dalam pembinaan Alexa, Javier Sanchez, telah mencipta MeowTalk, yang dikatakan boleh menterjemah bahasa kucing.

Aplikasi tersebut berfungsi dengan merakam bunyi meow kucing dan cuba menterjemahkannya berdasarkan bunyi meow yang berlainan.

Buat masa ini, terdapat 13 jenis meow yang boleh diterjemah oleh aplikasi berkenaan dengan ada yang membawa maksud “Saya lapar”, “Saya sedang marah!”, “Tinggalkan saya sendirian!”, “Saya sedang gembira” dan lain-lain.

Menurut penyelidikan, kucing tidak mempunyai bahasa yang sama dan setiap kucing mempunyai meow yang unik bergantung kepada pemiliknya.

Kucing juga tidak mengiau kepada satu sama lain untuk berkomunikasi dan hanya mengiau untuk berkomunikasi dengan manusia sahaja.

Menurut Sanchez, disebabkan setiap kucing mempunyai bunyi meow yang berlainan, pengguna boleh menafsir dan melabel maksud meow kucing mereka dan menyimpan dalam pengkalan data aplikasi berkenaan.

Aplikasi tersebut kini ditawarkan dalam versi beta di Google Play dan Apple AppStore.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!