Asah Naluri Pemangsa Si Bulus - Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cattiviti

Asah Naluri Pemangsa Si Bulus

Avatar
Share
Selera Makan Kucing

Berselindung di sebalik wajah yang comel dan menawan, kucing di rumah anda sebenarnya adalah pemangsa dan juga pemburu yang sangat hebat.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Berdasarkan statistik, kucing domestik berada di tangga kelima bagi peratusan kejayaan memburu dengan 32% di belakang anjing liar Afrika (85%), kucing berkaki hitam Afrika (60%), cheetah (58)% dan harimau bintang (38%).

Menariknya, kucing rumah anda juga adalah pemburu yang lebih hebat berbanding singa (25%), serigala (14%), beruang kutub (10%) dan juga harimau belang (5%)!

Walaupun ia tinggal di rumah, naluri pemangsa itu tetap wujud dalam diri si bulus anda. Disebabkan itu dari umurnya masih kecil lagi kucing anda sangat suka bermain tangkap sama ada dengan mainannya atau dengan anggota badan anda sama ada kaki atau tangan.

Dari kecil lagi anda lihat anak kucing akan mula menerkam adik-beradik mereka sendiri sebagai salah satu cara belajar teknik memburu. Dan proses ini sebenarnya bermula dengan pergerakan anak mata mereka, membesar dan fokus, dan juga mengecilkan diri mereka seolah-olah merangkak – cara bagi memastikan mangsa mereka tidak perasan.

Adalah penting juga untuk menetapkan peraturan atau batasan supaya si bulus tahu bahawa ok baginya untuk menerkam barang permainannya, bukan tangan atau kaki anda. Mungkin bagi anda gigitan atau terkaman dari anak kucing tidak sakit bahkan suka melihatnya bermain sebegitu, tetapi ingat, apabila ia sudah biasa bermain sebegitu tingkah laku itu akan dibawa sehingga ia dewasa. Bayangkan kucing yang sudah dewasa dengan gigi dan kuku yang tajam menerkam dan menggigit anda, ianya pasti sakit dan boleh membawa kecederaan.

Pastinya anda lebih suka si bulus berada di dalam rumah berbanding di luar kerana bahaya yang ada di luar. Ini sememangnya benar dan dapat melindungi kucing anda daripada penyakit dan kuman dari luar. Bagaimanapun, anda tidak boleh mengabaikan naluri pemangsa yang ada pada kucing anda kerana ini boleh menjadikannya agresif dan menyerang anda atau kucing anda yang lain. Sediakan untuknya persekitaran yang membolehkannya untuk melatih naluri pemangsanya.

Seperti contoh, anda adakan tempat lepak untuknya di tepi tingkap di mana si bulus boleh melihat burung-burung atau tupai di luar rumah, dan sediakan tempat untuknya mencakar dan menajamkan kukunya supaya naluri pemangsanya dapat dipenuhi.

Anda boleh menggunakan laser untuk bermain tangkap-tangkap dengan si bulus tetapi berhati-hati supaya pancaran cahaya tidak kena ke mata si bulus. Pastikan juga anda bermain menggunakan permainan seperti tongkat berbulu atau tikus mainan supaya si bulus dapat merasai kejayaan menangkap mangsa.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!